in

Google Mula Melepaskan Google Duplex Di Beberapa Buah Bandar Terpilih

Setelah sekian lama Google memperkenalkan Google Duplex pada acara Google I/O. Hari ini Goole telah telah memaklumkan bahawa mereka akan melepaskan secara berperingkat di beberapa buah bandar terpilih di sekitar Amerika Syarikat.

Google Duplex merupakan teknologi diintegrasikan bersama Google Assistant yang berfungsi sebagai pembantu maya dimana anda boleh membuat penempahan restoran dengan hanya mengarahkan Google Assistant.

Terkini Google telah mengesahkan perlepasan Google Duplex di beberapa buah bandar sekitar Amerika Syarikat berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh VentureBeat.

Setakat ini bandar yang disebut-sebut akan menerima fungsi ini termasuklah New York, San Franciso, Atlanta dan Phoenix.

Beberapa buah video demonstrasi Google Duplex telah dimuat naik oleh beberapa pengulas teknologi di YouTube.

Lagi artikel di ifon.my  Google Pixel 3 XL Tertiris Lagi

Belum dapat dipastikan bilakah Google Duplex akan diperluas ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun, saya berpendapat Google Duplex bakal hadir ke Malaysia sekitar tahun 2021 atau 2022.

Google Duplex boleh dikatakan teknologi kecerdasan buatan paling hebat dalam dunia teknologi ketika ini. Tidak keberatan jika saya katakan bahawa Google antara peneraju utama dalam segmen ini.

Google Assistant hakikatnya baru berusia dua tahun. Kali pertama diperkenalkan adalah pada bulan Mei 2016.

SIRI pula diperkenalkan oleh Apple pada 2011 dan ia telah pun berusia tujuh tahun. Namun, tiada apa yang boleh dibanggakan, hanya sekadar SIRI Shortcut.

Dengan terciptanya Google Duplex ini, ia telah memberi petanda baharu bahawa dunia akan dikawal oleh kecerdasan buatan sedikit masa lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah Pixel 3 Bermula RM3,321.00

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Akibat Tekanan, Apple Terpaksa Menurunkan Harga Jualan Bagi iPhone Xr Dan Menjual Kembali iPhone X.

Microsoft Sedang Mengejar Apple Dalam Menjadi Syarikat Yang Mempunyai Modal Pasaran Tertinggi