in

Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $800 Billion?

Beberapa hari lepas saya ada menulis berkenaan Microsoft sedang mengejar Apple untuk menjadi antara syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi.

Terkini, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh google, modal pasaran Apple telah mejunam sehingga $746.82B berbanding sebelum ini yang mencatat $820B.

Penurunan yang signifikan ini telah memberi gambaran bahawa kepercayaan pelaburan kepada Apple mula tergugat yang akhirnya memberi kesan buruk kepada prestasi saham Apple secara menyeluruh.

Screenshot-20181126-145236

Saham AAPL ditutup pada 23 November 2018 jam 4.59 petang pada kadar $172.29 susut 4.49 mata pada akhir dagangan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperolehi dari aplikasi saham di iOS. Apple masih mencatatkan modal pasaran sekitar $817.6B.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna Memilih Storan 128GB Bagi iPhone 12

IMG-20181126-WA0001

Sebelum ini Apple boleh dikatakan antara syarikat paling berkuasa di dunia apabila mampu mencatatkan modal pasaran lebih $1 Trilion, yang menjadikan ia satu-satunya syarikat yang mampu mencapai angka tersebut.

Penurunan ini besar kemungkinan disebabkan oleh kelemahan kepada permintaan terhadap iPhone terkini yang menyebabkan Apple terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Atas faktor ini juga Apple dijangka akan menghasilkan kembali iPhone X yang sebelum ini ditamatkan penjualannya.

image-1

Dengan penurunan saham yang mendadak ini jelas menunjukkan bahawa era kepimpinan Tim Cook mula tergugat akibat strategi perniagaan mereka yang lebih mengutamakan peningkatan harga berbanding inovasi.

Memang tidak dinafikan produk yang dihasilkan oleh Apple masih antara yang terbaik. Namun dengan tanda harga yang sangat tidak munasabah telah menyebabkan pengguna mula mencari alternatif lain dengan membeli telefon pintar dari negara China.

Lagi artikel di ifon.my  Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai

Secara peribadi saya masih meramalkan bahawa iPhone terbaharu kekal menjadi telefon pintar paling laris di dunia untuk suku pertama tahun 2019. Namun besar kemungkinan kuantiti yang dijual mungkin sedikit menurun walaupun Apple mampu menjana lebih banyak keuntungan dari hasil jualan iPhone terutama sekali iPhone Xs Max.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?

Google Melancarkan Iklan Pixel 3 ‘Unswitchables’ Yang Memfokuskan Penguna iPhone