iPhone 7 dan iPhone 7 Plus merupakan telefon flagship Apple yang diperkenalkan pada tahun 2016. Walaupun model ini sudah mencapai usia dua tahun, namun dari segi prestasi dan sokongan iOS ia masih boleh dianggap antara yang terbaik.
iPhone 7/Plus dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10 Fusion yang memberikan penjimatan bateri lebih baik berbanding sebelumnya.
iPhone 7/Plus juga hadir dengan penarafan IP67 serta hadir dengan kapasiti RAM 2GB bagi model asas dan 3GB bagi model Plus.
Terkini Machine Malaysia telah mengadakan promosi bagi iPhone 7 Plus yang mana ia dijual pada harga RM2,499.00 berbanding harga semasa iaitu RM2,749.00.
Pengurangan sebanyak RM250.00 sudah cukup untuk mengembirakan anda sebagai pembeli memandangkan produk Apple sangat jarang dikurangkan harga jualan.
Setakat ini hanya Machines Malaysia sahaja yang mengurangkan harga jualan ini. Belum dapat dipastikan adakah pengurangan ini akan melibatkan Pusat Jualan Apple yang lain.
Tahukah anda iPhone 7 Plus merupakan model paling popular di Malaysia menurut laporan dari DeviceAtlas?
Ini bermakna iPhone 7 Plus telah mendapat maklumbalas yang sangat positif dikalangan pengguna di Malaysia memandangkan banyak fungsi menarik yang boleh digunakan.
Berikut merupakan senarai iPhone yang masih relevan untuk dibeli berdasarkan pandangan saya secara peribadi:
- iPhone 6S *
- iPhone 6S Plus *
- iPhone SE *
- iPhone 7
- iPhone 7 Plus
- iPhone 8
- iPhone 8
- iPhone X *
- iPhone XR
- iPhone Xs
- iPhone Xs Max
* Apple telah menamatkan pengeluaran dan penjualan namun ia masih dijual di Pusat Jualan Apple.
Konklusinya sekiranya anda kurang berkemampuan dan teringin untuk merasai ekosistem iOS, iPhone 7 Plus antara yang terbaik untuk dibeli.