in

Tim Cook Menyalahkan Program Penggantian Bateri Penyebab Kemerosotan Jualan iPhone

Tim Cook hari ini telah menerbitkan surat yang ditujukan kepada Pelabur Apple yang mana mereka sedang mengkaji kembali hala tuju Apple untuk suku pertama tahun 2019.

02-C8636-C-71-D4-4-CDC-A744-442-EAA5-FAFAE

Dalam komen yang dibuat, satu isu yang dibangkitkan termasuklah Tim Cook menyalahkan Program Penggantian Bateri antara penyebab kemerosotan jualan iPhone.

While macroeconomic challenges in some markets were a key contributor to this trend, we believe there are other factors broadly impacting our iPhone performance, including consumers adapting to a world with fewer carrier subsidies, US dollar strength-related price increases, and some customers taking advantage of significantly reduced pricing for iPhone battery replacements.

Program Penggantian Bateri ini bermula pada 1 Januari 2018 dan tamat pada 31 Disember 2018. Program ini diadakan disebabkan skandal Apple dalam memperlahankan prestasi iPhone setelah usia bateri menurun.

6-ACBB9-D4-2500-40-F6-B97-F-4254-EEC1-EFFA
Akibatnya, Apple mendapat kritikan hebat dikalangan pengguna iPhone, oleh sebab itulah mereka telah mengaktifkan Program ini sehingga penghujung tahun 2018.

Tim Cook memaklumkan bahawa kemerosotan iPhone disebabkan pengguna mengambil peluang menukar bateri iPhone yang menyebabkan mereka tidak cenderung untuk membeli iPhone baharu.

Faktor iOS 12 yang mesra pada iPhone model terdahulu menyebabkan penggunaan berpuas hati dengan iPhone sedia ada.

Secara peribadi saya melihat perancangan Tim Cook sememangnya mengejar keuntungan berbanding penghasilan inovasi.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $800 Billion?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pusat Servis Apple Mula Menyelaras Harga Baharu Bagi Penukaran Bateri iPhone

Apple Menurunkan Harga Jualan iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR Dan iPhone 8/Plus Di China