in

Pusat Servis Apple Mula Menyelaras Harga Baharu Bagi Penukaran Bateri iPhone

Umum mengetahui bahawa pada 1 Januari 2018 pihak Apple telah mengadakan program penggantian bateri bagi iPhone 6/Plus, iPhone SE, iPhone 6S/Plus, iPhone 7/Plus, iPhone 8/Plus dan iPhone X.

93-BE92-B1-AFEE-4750-88-D8-1-BB829002653

Program ini telah bermula pada awal 1 Januari 2018 dan tamat pada 31 Disember 2018. Harga bagi penukaran bateri adalah pada kadar RM121.00 berbanding sebelumnya iaitu sekitar RM349.00.

Memandangkan program penukaran bateri telah tamat beberapa hari lepas. Hari ini Machine Malaysia yang merupakan antara salah satu Pusat Servis Apple yang sah telah mengemaskini kadar baharu bagi penukaran bateri bagi seluruh model iPhone.

Berdasarkan senarai harga yang dipamerkan, iPhone 6/Plus, iPhone SE, iPhone 6S/Plus, iPhone 7/Plus dan iPhone 8/Plus dicaj sebanyak RM339.00. Manakala RM459.00 bagi iPhone X, iPhone XS/Max dan iPhone XR.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Mengesahkan Bahawa Bateri Galaxy Note 9 Selamat

Berdasarkan pelarasan kadar baharu ini, secara kasar kita dapat lihat kenaikan harga sekitar RM218.00 hingga RM339.00 berbanding sebelumnya.

468-D6395-0498-4-D89-B5-F9-102-D6-D910770

Dengan penetapan kadar baharu ini sedikit sebanyak ia akan memberi sedikit kesan kepada pengguna iPhone yang ingin menukar bateri asli.

Bagi yang sempat membuat penukaran bateri pada harga RM121.00 ia mungkin satu berita yang sangat menggembirakan untuk anda memandangkan tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membuat penukaran bateri.

Konklusinya, penukaran bateri amatlah penting bagi iPhone memandangkan ia akan mengembalikan prestasi iPhone pada tahap optimum serta meningkatkan jangka hayat bateri.

SEKADAR PANDANGAN

umberPANDANGAN

Sumber : Machine Malaysia

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Telefon Pintar Essential Phone Dihentikan Pengeluaran

Tim Cook Menyalahkan Program Penggantian Bateri Penyebab Kemerosotan Jualan iPhone