in ,

Apple Memperkenal Smart Battery Case Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Setelah sekian lama menunggu, Apple akhirnya telah memperkenalkan Smart Battery Case untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Kali pertama Smart Battery Case diperkenalkan adalah pada model iPhone 6/6S dengan harga RM419.00.

Kemudian Smart Battery Case diperluas pada iPhone 7, namun untuk model ini tidak dijual di Malaysia.

Hari ini Apple Malaysia telah memperkenalkan tiga produk baharu bagi Smart Battery Case khusus untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

DD7-FDE25-95-CC-4569-B283-54-A65373295-A

Smart Battery Case bagi iPhone XS Max dan iPhone XR menjanjikan tambahan masa berbual selama 26 jam untuk panggilan, 22 jam internet LTE, serta 24 jam bagi tontonan video.

Lagi artikel di ifon.my  iTworld Bakal Mengadakan Jualan Penghabisan Stok Dengan Harga Bermula RM750 Bagi iPhone SE 16GB

EE8-DD0-B8-8-C7-D-45-C6-A34-A-CCFB43574-F0-A

Manakala Smart Battery Case bagi iPhone XS menjanjikan tambahan masa berbual selama 33 jam untuk panggilan, 21 jam internet, serta 25 jam bagi tontonan video.

DAC6-E794-465-D-4962-AE2-B-CA0-CAB9-E37-A6

Ketiga-tiga Smart Battery Case ini menyokong pengecasan tanpa wayar (Qi Wireless) serta hadir dengan warna hitam dan putih.

Anda boleh mendapatkan produk ini di laman jualan atas talin Apple Malaysia pada harga RM539.00. Belum dapat dipastikan adakah Smart Battery Case ini akan hadir di Pusat Jualan Apple.

Sekiranya ia diperluas ke Pusat Jualan Apple, anda boleh mendapatkanya dalam masa terdekat.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tim Cook: Sebanyak 11 juta Bateri Telah Ditukar Sepanjang Program Penggantian Bateri iPhone

Apple Menerbitkan Video Tatacara Penggunaan e-SIM Pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.