in , ,

Microsoft, Google Dan Apple

Satya Nadella antara Ketua Pegawai Eksekutif paling berjaya dalam dunia teknologi masa kini walaupun Windows 10 Mobile dan Microsoft Lumia musnah sekelip mata disebabkan populariti iOS dan Android.

4-D542-DB3-00-A1-42-F4-BBE6-B1-B5-C0-D988-F2

Microsoft kembali bernafas setelah Satya Nadella mengubah hala tuju Microsoft dengan mengembangkan sektor perisian berbanding perkakasan.

Pengkomputeran Awan antara produk yang semakin meningkat naik. Kejayaan Microsoft dalam membangunkan Windows 10 juga telah menaikkan lagi sokongan pengguna terhadap sistem operasi

‪Windows 10 telah diangkat sebagai sebagai sistem operasi kedua paling popular di dunia dengan mengusai pasaran sebanyak 36.94% yang mana Windows 7 masih mendahului sebanyak 40.41% menurut laporan yang dikeluarkan oleh NetMarket Share‬

Era kegemilangan Microsoft semakin menyerlah apabila berjaya merampas kedudukan sebagai syarikat paling bernilai di dunia yang selama ini dipegang oleh Apple.

Modal pasaran Microsoft setakat 9 Februari 2019 adalah sekitar $810.7B berbanding Apple $803.5B.

19752545-BF06-4-A2-E-937-D-E18-D7-D85521-E

Walaupun Microsoft mula menghentikan pembangunan Windows 10 Mobile dan Microsoft Lumia. Mereka masih mempunyai kumpulan Jurutera Suface yang masih menghasilkan produk menarik termasuklah Microsoft Surface, Surface Book, Surface Laptop, Surface Studio, Surface Hub dan Surface Headphone.
2-C367-A9-D-17-A2-4-A70-BA13-1-B5-BCE8-A812-B

Microsoft sebelum ini terpalit dengan pelbagai isu setelah Steve Ballmer mengambil alih Microsoft. Windows Vista dikatakan antara produk paling bermasalah ketika di era beliau termasuklah beberapa produk seperti Microsoft Lumia.

Satya Nadella boleh dianggap seorang yang berfikiran jauh dengan membawa Microsoft ke tahap yang lebih baik.

Nama Microsoft semakin lenyap disebabkan kerencatan Inovasi. Namun ia kembali naik setelah Satya Nadella mengubah hala tuju Microsoft.

Lagi artikel di ifon.my  Runtuhnya Apple Kerana Keegoan

Apple sepatutnya mengambil langkah serius dalam memastikan syarikat mereka terus menjadi penanda aras kepada syarikat teknologi lain.

Apple sekarang tidak ubah sekadar menghasilkan produk tangkap muat hasil cetusan Steve Jobs.

Setakat ini Apple Home Pod dan Apple Pay masih belum menandingi cetusan idea dari Steve Jobs.

Walaupun AirPods dan Apple Watch boleh dikatakan antara produk berjaya. Namun ia tidak mampu mencetuskan fenomena baharu dalam dunia teknologi masa kini.

Kepimpinan Apple juga dilihat sedikit goyah apabila Angela Ahrendts dilihat bakal meninggalkan Apple pada bulan April kelak.

Tidak pasti sama ada beliau bersara atau ditamatkan perkhidmatan. Namun semalam jurucakap Ralph Lauren secara rasmi menafikan spekulasi bahawa Angela Ahrendts bakal menyertai syarikat mereka

1414588-B-81-F8-4788-802-C-5-AEAA32771-FB

Dengan kenyataan ini, ia menguatkan lagi tanggapan saya bahawa Angela Ahrendts sebenarnya dipecat oleh Tim Cook sama seperti dilakukan pada Scott Forstall dan John Browett.

Kemana hala tuju Apple sekarang? saya lihat ia semakin tunggang langgang dan Tim Cook seolah-olah tidak menyedari bahawa pengguna meninggalkan jenama mereka disebabkan kerencatan inovasi serta harga yang sangat premium.

Walaupun Apple masih antara syarikat yang kukuh dari segi produk dan perkhidmatan.

Google nampaknya semakin rancak dalam membangunkan inovasi mereka sendiri.

Google Fuchsia antara produk yang masih dalam peringkat pembangunan. Tidak dapat dipastikan bilakah sistem operasi ini dapat digunakan pada telefon pintar.

C874-F075-A861-4-BAA-AA36-1964-CF48-CD35

Sekiranya Google Fuchsia dapat menandingi iOS dari segi kestabilan dan kelancaran operasi. Tidak mustahil Pembangun Perisian akan mula memfokuskan kepada sistem operasi ini berbanding iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia

iPhone hebat disebablan iOS, namun iOS tidak boleh berjalan sendiri tanpa aplikasi ketiga seperti Facebook, Twitter, YouTube dan lain-lain.

iPhone boleh musnah sekelip mata jika aplikasi ketiga mula memfokuskan kepada sistem operasi di bawah Google.

73-AA2-D50-9092-4153-9-A72-E440157-C4-F95

Windows 10 Mobile dan Blackberry OS10 musnah bukan disebabkan permintaan yang lemah semata-mata. Tapi kekurangan aplikasi ketiga mendorong pengguna beralih pada Android dan iOS.

Adakah anda akan membeli iPhone jika anda tidak boleh menggunakan Facebook, Twitter dan lain-lain?Sudah tentu anda akan membeli telefon pintar yang menyokong aplikasi ketiga bukan?

Walaupun perkara ini tidak mungkin berlaku. Namun ia tidak mustahil bakal terjadi.

Hatta Apple terus menekan pengguna dengan pelbagai strategi dalam memaksa untuk menaik taraf ke model baharu.

Alangkah moleknya jika mereka muhasabah diri dan terus menghasilkan produk yang pernah mereka hasilkan suatu masa dulu.

Pengguna mahukan produk yang berinovasi tinggi bukan produk separuh masak.

Apa pun, Apple mula merasa akan kemerosotan jualan terhadap iPhone. Mungkin Apple telah mengambil langkah yang drastik dalam menarik kembali kenyakinan peminat untuk membeli produk mereka.

Saya menjangkakan bulan Mac Apple bakal melancarkan beberapa produk baharu termasuklah iPad Mini 5, AirPower dan AirPod 2.

Kita lihat nanti apakah perubahan yang ditawarkan oleh Apple kepada kita. Jangan pula nanti, mereka hanya menawarkan produk separuh masak tapi menekan kita dengan harga premium.

SEKADAR PANDANGAN.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

IDC: Pasaran Telefon Pintar Global Turun 4.9%, Samsung Mendahului Dan Apple Kembali Merampas Kedudukan Dari Huawei

SAH: iOS 13 Bakal Diperkenalkan Pada 4 Jun 2019