Sejak akhir-akhir ini ramai pengguna iPhone menghadapi masalah No Service. Hakikatnya terdapat beberapa punca mengapa iPhone anda mengalami simptom seperti ini.
Antara punca utama adalah masalah Telco itu sendiri, oleh yang demikian sekiranya iPhone anda mengalami masalah No Service, sila tukar kad SIM dari telco berlainan bagi memastikan masalah tersebut bukan berpunca dari pengendali perkhidmatan.
Selain itu, anda harus memastikan iPhone bebas dari sebarang pelindung (case/bumper) yang melindungi kerangka iPhone.
Oleh itu, buka pelindung iPhone seketika bagi menguji sama ada masalah tersebut turut berkait dengan No Service.
Sekiranya masalah tetap berlaku, iPhone anda harus di restore menggunakan kaedah IPSW atau iTunes. Melalui kaedah ini, kita boleh melihat sama ada masalah tersebut berpunca dari iOS atau sebaliknya.
Jika masalah masih tetap berlaku, terdapat dua kemungkinan yang boleh saya tuntaskan iaitu:
- Telco Lock
- Hardware (baseband/lain-lain)
Kebiasaannya sekatan telco berpunca dari sekatan yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna pertama yang menggunakan iPhone tersebut kerana telah melanggar kontrak yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda membeli iPhone tersebut selain pusat jualan sah seperti Machines Malaysia atau Switch Malaysia anda berisiko untuk mendapat iPhone yang mengalami masalah seperti ini.
Anda boleh menyemak status iPhone anda sama ada telco lock atau tidak dengan mencari individu yang menyediakan pakej menyemak status iPhone. Kebiasaannya caj RM10 hingga RM20 akan dikenakan.
Sekiranya iPhone anda dibeli di Pusat Jualan Apple yang sah dan anda yakin ia bukan masalah telco lock besar kemungkinan ia berpunca dari masalah baseband atau komponen lain yang menyebabkan masalah tersebut berlalu.
Sekiranya anda pengguna iPhone 7, Apple sebelum ini telah mengadakan Program Pembaikan iPhone 7 yang menghadapi masalah No Service.
Masalah ini berlaku pada iPhone 7 yang dihasilkan pada September 2016 hingga Februari 2018 dan hanya melibatkan beberapa buah negara sahaja iaitu China,Hong Kong, Jepun, AS dan Macau.
Gambar dibawah menunjukkan model yang terlibat dan layak untuk dibaiki.
Sekiranya iPhone anda tersenarai dalam model yang terlibat, anda layak untuk membuat pembaikan secara PERCUMA dari pihak Apple.
Program ini sah tiga tahun dari produk pertama ini dijual. Sila berhubung dengan Apple Malaysia terlebih dahulu sebelum menghantar ke Pusat Servis Apple bagi mengelak sebarang masalah.
SEKADAR PANDANGAN