Berdasarkan jawapan, jelas menunjukkan keputusan tersebut tidak cukup kukuh untuk simpulkan storan 64GB sudah tidak relevan. Namun bagi saya Pengguna itu sendiri yang harus memilih storan yang sesuai kerana kapasiti storan bergantung sepenuhnya pada penggunaan harian mereka. Situasi 1 Ahmad seorang peminat fotografi dan videografi dan sering mengambil gambar dan video setiap kali berkunjung ke tempat-tempat yang menarik. Selain daripada itu, dia juga gemar memasang permua seperti PUBG, Fortnite dan lain-lain. Oleh itu, storan 64GB adalah tidak sesuai baginya. Situasi 2 Abu ingin membeli iPhone, namun dia hanya gunakan untuk menonton YouTube, melayari internet, mendengar lagu dan permesejan seperti WhatsApp serta iMessage.Beliau juga gemar mengambil gambar, namun tidak begitu kerap dan jarang mengambil video. Disebabkan penggunaanya sangat minimum maka 64GB sudah memadai. Berbalik kepada perbincangan, timbul persoalan berhubung storan minimum bagi iPhone 12 ini. Pelbagai khabar angin mengatakan bahawa semua model iPhone 12 bakal hadir dengan storan 128GB.Adakah storan 64GB masih relevan?
— Xavier Naxa 🇲🇾 (@XavierNaxa) January 3, 2020

Jon Prosser turut memberikan perincian bagi senarai storan bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Mini yang bermula dengan kapasiti 64GB, 128GB dan 256GB. Konklusinya jika benar laporan yang dibuat oleh Jon Prosser, maka kita sebagai Pengguna harus menilai secara terperinci sebelum memilih mana-mana storan yang anda mahukan. Jangan terus melihat pada harga yang rendah, lihat juga pada pengunaan kita, walaupun storan iCloud boleh membantu, namun storan fizikal juga penting bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Kredit gambar: EverythingAppleProApple’s first shipment of final iPhone 12 units is going out to distributers on October 5th
The shipment includes:
iPhone 12 mini 5.4
(Definitely the final marketing name)
-64/128/256
iPhone 12 6.1
-64/128/256
Event on October 13, as I mentioned before.
— Jon Prosser (@jon_prosser) September 29, 2020![]()