in ,

Apple Melancarkan Program Penggantian Skrin iPhone 11

Apple melancarkan program penukaran skrin bagi iPhone 11 disebabkan skrin sentuh gagal berfungsi dengan baik. Program ini melibatkan iPhone 11 yang dikeluarkan pada bulan November 2019 hingga May 2020.

B9-DFDF2-A-EDAD-4802-959-E-3-AEDDB4-C4561

Sila semak jika anda salah seorang yang terkesan dengan isu ini. Jika anda salah seorang pengguna yang terkesan, sila hantar iPhone 11 ke AASP untuk penukaran skrin secara PERCUMA.

Semak: Program Penggantian Skrin iPhone 11

Sila pastikan iPhone anda dibuat sandaran (backup) terlebih dahulu sebelum menghantar ke AASP. Anda digalakkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu melalui aplikasi Apple Support.

Sila muat turun : Apple Support

42273-DC4-A3-FD-4-CBF-AFB4-BB3-F2765245-F

Apple sering mengadakan program seperti ini untuk Pengguna mereka. Sebelum ini Apple turut mengadakan program penukaran skrin bagi iPhone X yang berkait dengan skrin tidak responsif. Program ini masih berjalan dan jika anda terkesan boleh hantar ke AASP.

Sila rujuk : Program Penggantian Skrin iPhone X

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Sekiranya anda pernah menghantar iPhone untuk dibaiki di kedai biasa sama ada untuk penukaran bateri, skrin dan lain-lain, kemungkinan anda tidak layak untuk menyertai program ini.

Saya sering menitikberatkan soal keaslian sesebuah iPhone bagi memastikan anda layak untuk menerima mana-mana program yang dianjurkan oleh Apple. Kerana itulah saya menggalakkan anda untuk melakukan ujian diagnostik di AASP jika ingin membeli iPhone terpakai.

Namun ada segelintir yang salah anggap dengan nasihat saya. Ini merupakan antara salah satu sebab mengapa saya mahu pengguna mencari iPhone terpakai yang berkualiti.

Konklusinya, sekiranya anda pengguna iPhone 11 dan terkesan dengan isu tersebut. Sila hantar ke AASP dengan segera. Bagi pengguna iPhone X, Apple juga turut melancarkan program yang sama untuk skrin tidak responsif.

Lagi artikel di ifon.my  Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Namun, untuk melayakkan anda menerima program ini. Sila pastikan iPhone anda tidak pernah dibuka atau dibaiki di kedai biasa. Untuk Pengguna yang membeli iPhone terpakai, anda juga boleh menghantar ke AASP jika iPhone 11 atau iPhone X anda terkesan.

Namun, pastikan iPhone terpakai anda tulen 100% luar dan dalam.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ceritera: Jual Beli Telefon Pintar Episod Pertama

Lakaran (Engraving) Beri Impak Pada Susut Nilai Produk Apple Terpakai