in ,

iPhone SE 5G Dilancarkan Pada Tahun 2022?

iPhone SE 5G besar kemungkinan akan dilancarkan sekitar bulan April atau Mei jika dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh DSCCRoss.

Saya menjangkakan iPhone SE 5G mungkin dilancarkan pada bulan April ini iaitu pada 19, 20,26 atau 27.Tidak dipastikan Apple bakal memperkenalkan iPhone SE 5G pada Acara Khas atau sekadar siaran media.iPhone SE 5G dijangka diperkasakan dengan A15 Bionic, sokongan 5G dan masih menggunapakai rekaan iPhone SE terdahulu.

iphone-se-family-select-2020

iPhone SE 5G lebih terarah kepada pengguna iPhone 6, iPhone 6 Plus ke bawah yang tidak mahu beralih ke Android.Selain itu, model ini boleh dijadikan pek permulaan kepada pengguna Android yang mahu merasai pengalaman menggunakan iPhone.Saya meramalkan harga jualan bagi model ini bermula pada harga RM1,999 bagi storan dalaman 128GB.

iPhone SE 5G berkemungkinan masih mengekalkan variasi warna yang sama serta menyokong MagSafe.Sama-sama kita nantikan

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Bateri iPhone: Mengapa Dan Tatacara Menukar Bateri

Mengapa Saya Memilih Apple Watch Edisi Nike?