in , ,

Budaya Mendewakan iPhone MYSET Harus Dikikis.

Sebut sahaja iPhone, sudah tentu ada di kalangan pengguna di Malaysia menganggap seseorang itu berduit.

Walaupun iPhone terpakai pada ketika ini boleh dibeli dengan harga serendah RM400. Walau bagaimanapun, masih ada yang menganggap seseorang itu hartawan.

Hakikatnya, iPhone yang berada di Malaysia bukan semuanya Set MY (Malaysia), banyak lagi Set dari luar dan set refurbish berlegar di Malaysia.

i_Phone_7_Black_1024x1024_2ebad569-972a-48c0-aab5-d199a68e707a_10

Kebanjiran set luar negara ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi dikalangan penjual yang membeli secara pukal di beberapa buah negara popular termasuklah Jepun dan Hong Kong memandangkan harga yang lebih berpatutan.

Dengan ini, penjual boleh menjual iPhone yang terkini di bawah harga MY Set. Namun, timbul persoalan disini adakah set luar negara ini kurang kualiti dari set MY?

Kenapa rakyat Malaysia gemar membeli iPhone Set MY? Disini saya merungkai secara peribadi mengapa ia berlaku.

Berbalik kepada soalan tadi, adakah set luar negara tidak berkualiti? Jawapan saya sangat mudah, ia sama tapi tidak serupa di mana set luar negara mempunyai kualiti sedikit baik berbanding set MY.

Ini boleh dibuktikan di mana iPhone 8 set US model A1863 lebih baik dari MY Set A1905. Ini disebabkan oleh iPhone model A1863 menggunakan modem Qualcomm berbanding model A1905 yang menggunakan modem intel.

Tapi adakah ia penting?

Hakikatnya satu ujian telah dibuat oleh firma Cellular Insights di mana mereka telah membuat perbandingan antara iPhone X yang menggunakan model Qualcomm lebih pantas dari iPhone X yang menggunakan model Intel.

Pembuktian ini juga disokong dengan ujian yang dilakukan pada iPhone 7/Plus dimana Qualcomm kekal modem terpantas.

Lagi artikel di ifon.my  Insurans Pelindungan : Kehendak atau Keperluan?

Dengan penggunaan modem Qualcomm ini sedikit sebanyak anda tidak menghadapi masalah dari segi capaian LTE lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai trafik tinggi.

Dengan laporan ini jelas membuktikan iPhone set luar lebih baik dari set MY. Namun, bukan semua set luar menggunakan modem Qualcomm, anda harus pandai membuat kajian berkenaan perkara ini.

Antara perkara kedua yang membuatkan pengguna Malaysia skeptikal terhadap iPhone set luar adalah jaminan warranti.

i_Phone-8-_Vs-i_Phone-_X

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, iPhone set luar sememangnya layak untuk menuntut jaminan walaupun ia dibeli di Malaysia.

Ia disokong oleh kenyataan beberapa Pusat Servis Apple yang menerima set luar negara. Walau bagaimanapun , anda harus membaca terma dan syarat sebelum membuat sebarang tuntutan.

Selain dari faktor warranti, pengguna di Malaysia masih terikut dengan ideologi AP Set dan Original set.

Apa yang membezakan AP Set dan Original Set adalah warranti. Namun, dengan kenyataan saya di atas harap memperbetulkan tanggapan anda berkenaan perkara ini.

Isu set luar negara tidak berkualiti adalah disebabkan oleh penjual menjual iPhone Refurbish di mana kebiasaannya hanya motherboard sahaja yang asli, manakala komponen lain adalah tiruan yang dibeli atau dipasang di kilang yang tidak sah.

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Berjaya Merampas Kedudukan Kedua Dari Apple Bagi Pasaran Telefon Pintar

Akibatnya iPhone set refurbish akan mudah rosak dan sering mengalami masalah sebaik sahaja iOS dikemaskini.

IPhone set luar bukanlah sempurna, ia juga mempunyai keburukan termasuklah penipuan penjualan iPhone Lock Set yang dikatakan unlocked set.

Akibatnya pengguna akan hadapi masalah sebaik sahaja ia mengemaskini iOS baru. Penjual juga ada yang mengambil kesempatan dengan menukar aksesori yang asli kepada bukan asli.

MY set juga tidak terkecuali di mana ramai yang menjadi mangsa dengan membeli iPhone terpakai yang disekat IMIE number oleh pihak SKMM. Isu ini telah saya perincikan sebelum ini dan anda boleh membacanya di dalam group ini.

Ironinya janganlah kita mendewakan iPhone MY set. Tidak bermakna iPhone set luar tidak baik. Masing-masing ada kebaikan dan keburukan.

Terpulang pada anda untuk menilai. Kita bukanlah hidup dizaman analog lagi, semua maklumat di hujung jari anda.

Jangan terlalu percaya dengan manusia di sekeliling anda. Buat penyelidikan dahulu sebelum menoktahkan sesuatu keputusan.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Jangan anggap ia satu fakta.

SEKADAR PANDANGAN

Follow saya di Twitter xaviernaxa

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penganalisis Menjangka Sebanyak 350 juta unit iPhone Akan Dinaik Taraf Oleh Pengguna

iOS 12 BETA 10 Dan iOS 12 Public BETA 8 Sedia Untuk Dikemaskini