in ,

Project ; Exit Mengangkat Isu Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar

Semalam berlangsung ‘Finale Watch Party Project; Exit’ yang berlangsung di TGV Suria KLCC bersama pihak Media serta Pempengaruh.

‘Project; Exit’ mengisahkan empat remaja yang merancang untuk melarikan diri dari sebuah rumah akhlak bernama INSAN. Jannah dihantar ke INSAN selepas gagal dalam percubaan untuk membunuh dirinya.

Di INSAN, dia menemui diari arwah bapanya yang membongkar segala rahsia mengenai tempat tersebut. Dia bertemu Hadi, seorang lelaki dengan penyakit Fibrosis sista, dan dua rakan lain bernama Ucop dan Amy, yang kemudiannya berkomplot untuk melarikan diri berpandukan klu daripada diari bapa Jannah.

Siri terbitan Astro Shaw ini mencatat lebih 22 juta tontonan dalam tempoh tujuh hari, serta raih 8.9 juta impression menerusi platform digital lain. Project; Exit menjadi siri premium pertama yang menayangkan terus empat episod pertama pada 1 November lalu di platform On Demand dan sooka. Manakala, dua baki episod akhir menemui penonton pada 15 November.

Lagi artikel di ifon.my  Kahar : Kapla High Council Cetus Fenomena?

Menurut Penerbit Eksekutif, Project; Exit merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Ini adalah kali pertama kami mengambil pendekatan dengan melancarkan empat episod serentak, diikuti dua episod terakhir selepas dua minggu ditayangkan di platform penstriman On Demand dan sooka. Langkah ini diterima baik dan meningkatkan keterujaan penonton kerana memberikan mereka lebih fleksibiliti untuk mengikuti jalan cerita mengikut keselesaan masing-masing.

Idea asal siri premium ini dicetuskan oleh showrunner dan juga pengarah siri ini, Zulaikha Zakaria. Siri penuh saspens ini dibintangi oleh Shasha Abedul (Jannah), Mierul Aiman (Hadi), Naim Daniel (Ucop), Kimberly Chuah (Amy), Nabila Huda (Ibu Zan), Tengku Nur Kamalia (Izzah), Farah Ahmad (Salina) dan ramai lagi. Pihak kami semalam telah menonton baki dua episod ini dan ternyata membuatkan air mata berlinangan dengan kesan emosi menyedihkan.

Lagi artikel di ifon.my  Kahar : Kapla High Council Cetus Fenomena?

Drama bersiri ini banyak memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama golongan remaja akan kesihatan mental yang tidak dipandang secara serius. Keenam episod mempunyai kekuatan tersendiri dengan masing-masing membawa watak yang berkualiti, malah isu kesihatan mental banyak ditunjukkan sebagai panduan kepada penonton.

Jika anda belum menonton drama bersiri Project ; Exit, anda boleh menonton di saluran yang dinyatakan di atas bermula hari ini. Project ; Exit bukan sekadar sebuah drama bersiri, ia mengangkat isu kesihatan mental dengan lebih meluas.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

iPhone XS Max dan iPhone 6 Plus Diisytiharkan Sebagai Vintaj