in

iOS 12 Menerima Maklum Balas Positif Dari Pengguna

Setelah 24 jam Apple melepaskan iOS 12, ramai dikalangan pengguna iOS di Malaysia telah mula mengemaskini iOS 12 pada iPhone,iPad dan iPod mereka.

Semasa WWDC 2018 pada Jun lepas pihak Apple telah memaklumkan bahawa iOS 12 menumpukan kepada prestasi iPhone model terdahulu termasuklah iPhone 5S dan iPhone 6.

Jika sebelum ini iOS 11 telah menerima maklum balas negatif. Nampaknya untuk iOS 12 ia memberi sinar baharu kepada pengguna iPhone dan iPad.

Berikut merupakan antara maklum balas pengguna selepas mengemaskini iOS 12

Twitter @xaviernaxa

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 7 Dilaporkan Menyebabkan iPhone Menjadi Perlahan

Screenshot_20180919-011600

Screenshot_20180918-212935

Ihsan: Apple User Group

iOS 12 merupakan kesinambungan dari iOS 11 dan Apple telah memberi tumpuan khusus terhadap prestasi serta kestabilan pada versi kali ini.

Walaupun iOS 12 mendapat maklum balas positif dikalangan pengguna. Saya menasihatkan kepada pengguna yang pernah membuka atau menukar komponen iPhone selain Pusat Servis Apple agar berhati-hati bagi mengelakkan iPhone anda tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Selain itu bagi pengguna iPhone RSIM atau TurboSIM adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat dari kedai yang anda beli sebelum ini bagi mengelakkan iPhone anda tidak dapat digunakan.

Konklusinya,dengan maklum balas positif ini sedikit sebanyak ia dapat memberi kelegaan kepada pengguna iOS setelah sekian lama berdepan dengan masalah sebaik mengemaskini iOS terkini.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.2 BETA 4 Sedia Untuk Dikemaskini

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Samsung Galaxy Note 9 Terbakar Dalam Beg Tangan Wanita

Apple Melepaskan iOS 12.1 BETA 1