in ,

Adakah Saiz Storan 16GB Masih Releven?

Sesuatu perkara yang dianggap terpencil tapi sering dibahaskan di kalangan pengguna iPhone adakah storan 16GB masih releven pada masa kini?

Saya membuka peluang untuk anda menidakkan pandangan saya ini agar perkongsian ini dapat menjadi satu medan perbahasan yang dapat memberikan satu hasil yang berilmiah.

Seperti diketahui Apple mula menghentikan pengeluaran storan 16GB pada iPhone 7 dan ke atas. Namun masih banyak iPhone terpakai yang mempunyai storan dalaman 16GB.

Persoalan adakah ia releven?

Anda harus memahami bahawa setiap aplikasi yang terpasang pada iPhone akan terkandung satu fail yang dinamakan sebagai cache. Antara aplikasi yang banyak menyimpan cache termasuklah Facebook, Instagram dan banyak lagi.

Tidak dinafikan semasa anda memasang sesebuah aplikasi, pada mulanya saiz aplikasi tersebut hanyalah 300MB, namun setelah anda menggunakan aplikasi tersebut saiz aplikasi tersebut berkembang disebabkan fail cache.

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft, Google Dan Apple

Hal ini sama seperti mengemaskini iOS. Memang di atas kertas iOS hanya memerlukan sekitar 2GB hingga 3GB sahaja.

Namun, kita harus menilai dari semua sudut. Hal ini diakui sendiri dengan rungutan pengguna apabila banyak file others memenuhi storan iPhone walaupun mereka telah membuang semua gambar dan aplikasi.

received_2134877500101392

iCloud, Google Drive antara medium storan altenatif untuk simpanan data. Tapi adakah anda menggunakan aplikasi ini 100%

Walaupun pengguna iphone hanya gunakan untuk SocMed, namun, tidak bermakna pengguna tersebut tidak menggunakan safari, kamera, YouTube dan lain-lain.

Secara purata jumlah storan bersih setelah ditolak dari sistem fail adalah sekitar 11GB hingga 12GB. Namun, Jika pengguna iPhone memasang aplikasi Facebook, ia telah menggunakan sekitar 250MB dan tidak termasuk kemaskini FaceBook yang dianggar sekitar 150MB.

Lagi artikel di ifon.my  Kerentanan di iOS 12 membolehkan lock screen dipintas

how-to-free-up-space-on-your-iphone-or-ipad_seds.640

Facebook sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa aplikasi mereka akan dikemaskini setiap 2 minggu.

Ini tidak termasuk kemaskini iOS 12 yang akan dikeluarkan setiap masa.

Apa yang ingin ditekankan apabila storan terhad, ia memberi kesan pada kemaskini bagi iOS kelak. Seperti diketahui, iPhone tidak akan mengemaskini iOS jika storan rendah.

Akibatnya pengguna iPhone terpaksa restore kembali ke asal atau cuba clean data sebanyak yang mungkin.

Kesimpulanya, tidak salah untuk membeli iPhone yang mempunyai storan 16GB. Namun jika ia kegunaan jangka masa panjang, saya tidak menggalakkannya.

iPhone yang mempunyai kapasiti storan dalaman 32GB bagi saya sudah cukup walaupun ia masih minimum. Yang penting, ia boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tag Heuer Melancarkan Jam Pintar Termahal Di Dunia

iPhone Xs Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00