Beberapa pengguna iPhone XS dan XS Max baru baru ini melaporkan bahawa peranti mereka mempunyai masalah pengecasan. Ini terjadi apabila mereka mengecas peranti mereka semasa skrin peranti tersebut tidak aktif.
Ia dilaporkan oleh beberapa pengguna iPhone XS dan XS Max
di forum Apple dan dari tinjauan kami masalah ini terjadi kepada banyak pengguna.
Ini juga dapat dilihat di video Youtube Unbox Therapy. Lou, pemilik channel Youtube tersebut telah mencuba untuk menghasilkan masalah tersebut, dan ternyata dari 9 peranti yang dicuba, 5 daripadanya mempunyai masalah tersebut.
Dari video tersebut dapat kita lihat, jika peranti iPhone XS atau XS Max tersebut dalam mod idle, ia tidak mengecas peranti tersebut apabila wayar pengecasan disambungkan. Namun jika skrin diaktifkan, pengecasan akan bermula seperti biasa.
Ini merupakan satu masalah yang agak kritikal. Diharapkan masalah ini bukanlah disebabkan oleh hardware peranti ini, sebaliknya dapat dibaiki dengan kemaskini software.