in ,

Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $1 Trilion

Seperti dijangka selepas Apple mengumumkan prestasi kewangan pada 2 November 2018, pasaran saham Apple dilihat tidak seimbang disebabkan oleh pengumuman Apple bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan kenyataan berhubung jumlah unit yang terjual bagi produk Apple.

Screenshot-20181107-012924

Pasaran modal Apple setakat 6 November 2018 Jam 12.29PM (waktu US) telah jatuh menjunam sehingga $981.20 billion berbanding sebelum ini yang melepasi angka $1 Trilion.

Penurunan ini sedikit sebanyak telah memberi isyarat kepada Apple bahawa pengaruh mereka dalam industri teknologi semakin rapuh disebabkan oleh penurunan permintaan terhadap beberapa produk Apple termasuklah iPhone dan iPad.

1-m1j-FZfqc-Ga-FCDRIl19-P1w

Seperti diketahui iPhone menjana 70% dari keseluruhan pendapatan Apple. Dengan kelemahan permintaan terhadap iPhone Xr serta sambutan yang lemah terhadap iPhone terbaharu di negara besar seperti China dan Indian telah menyebabkan Apple berada dalam situasi kurang selesa.

Lagi artikel di ifon.my  Thunderbolt Sejauh Mana Teknologi Ini Mampu Mengatasi USB Type-C?

Apple sejak akhir-akhir ini telah menerima kritikan yang negatif dikalangan pengulas teknologi disebabkan oleh kelembapan teknologi terutama sekali iPhone.

i-Phone-XR-vs-i-Phone-XS-vs-i-Phone-XS-Max

Apple juga seolah-oleh cuba untuk menaikkan harga iPhone setinggi yang termampu bagi mengelakkan mereka mencatat pendapatan yang rendah.

Tim Cook nampaknya sedang berada dalam situasi kurang baik dan sekiranya saham Apple terus mengucup serta pertumbuhan pendapatan susut, tidak mustahil Ahli Lembaga Pengarah terpaksa merombak kembali pengurusan tertinggi bagi memastikan Apple dapat mengekalkan kedudukan sebagai syarikat paling berpengaruh di dunia.

Secara peribadi, sekiranya pendapatan Apple untuk suku pertama tahun 2019 mencatatkan penurunan. Tidak mustahil bagi Apple untuk terus mencatat pertumbuhan yang negatif untuk suku kedua tahun yang sama.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan Program Penggantian Skrin iPhone 11

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs Mempunyai Kepantasan Selular Dua Kali Ganda Berbanding iPhone Xr

AirPods Masih Antara Produk Paling Laris Setakat Ini