in ,

Google Melancarkan Iklan Pixel 3 ‘Unswitchables’ Yang Memfokuskan Penguna iPhone

Seperti kebiasaanya Apple sering menjadi mangsa pengiklanan oleh pesaing-pesaing utama dalam industri telefon pintar.

Antara pemain industri yang banyak mengeluarkan iklan berbentuk sindiran kepada Apple termasuklah Microsoft,Samsung dan Huawei.

Google kali ini turut tidak ketinggalan dengan melancarkan iklan ‘unswitchables‘ di mana ia memfokuskan kepada pengguna iPhone.

Iklan pertama

Jika sebelum ini kebanyakan iklan hanya dalam berbentuk video berdurasi pendek. Google kali ini nampaknya mengubah strategi pengiklanan mereka di mana mereka telah mempamerkan iklan mengenai cabaran kepada pengguna iPhone yang sanggup berubah ke Google Pixel.

Sebanyak tiga iklan telah diterbitkan oleh Google dan sudah boleh ditonton oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 11 Sedia Untuk Dikemaskini

Iklan kedua

Berdasarkan video tersebut Google mengetahui bahawa kebanyakan pengguna iPhone agak sukar untuk beralih kepada telefon pintar Android disebabkan mereka agak skeptikal dengan model keluaran jenama lain.

Selain itu faktor ekosistem serta perkhidmatan iMessage kadang-kadang telah menjerat mereka supaya tidak beralih kepada model lain.

Iklan ketiga

Kualiti kamera juga antara penyebab mengapa pengguna iPhone masih kekal menggunakannya walhal kualiti kamera dari telefon pintar Android jauh lebih baik dari iPhone.

Secara peribadi saya bersetuju bahawa kebanyakan pengguna iPhone sukar untuk beralih kepada model lain atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas.

Tragedi kisah silam yang mana telefon pintar Android sering mengalami masalah seperti perlahan dan tidak mesra pengguna menyebabkan mereka takut untuk mencuba lagi.

Lagi artikel di ifon.my  DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Hakikatnya Android telah mengalami fasa perubahan yang sangat ketara lebih-lebih lagi Android Pie dan Android Oreo. Namun masih ada yang menganggap Android sekarang seperti Android Ginderbread atau Android Ice-Cream Sandwich.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $800 Billion?

Penjelasan Ringkas Berkenaan eSIM