in

Apple Mula Menjual Kembali iPhone SE Setelah Ditamatkan Pada September 2018

Setelah Apple menghadapi pelbagai tekanan termasuklah permintaan yang lemah terhadap iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max. Nampaknya Apple telah memulakan kembali jualan bagi iPhone SE yang mana model ini telah ditamatkan pengeluaran pada 13 September 2018 (waktu Malaysia).

iphone-se-main
iPhone SE merupakan model yang diperkenalkan pada 1 April 2016 dan hadir empat pilihan warna emas, rose gold, space grey dan perak. iPhone SE dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A9, 2GB RAM serta hadir dengan storan dalaman 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB.

Hari ini Laman Jualan Apple di Amerika Syarikat telah memulakan kembali jualan iPhone SE yang mana hanya versi 32GB dan 128GB sahaja dijual iaitu pada tanda harga  $249.00 dan $299.00.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memperkenal Smart Battery Case Untuk iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

Belum dipastikan mengapa Apple kembali menjual model ini, namun besar kemungkinan Apple mahu menghabiskan stok sedia ada.

Setakat ini iPhone SE hanya dijual di Amerika Syarikat, belum dipastikan ia akan diperluas ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Sekiranya Apple memperluas jualan iPhone SE ke seluruh dunia, bermakna ia bukanlah sekadar menghabiskan stok tapi mereka terdesak untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi sebelum laporan prestasi kewangan pada suku pertama 2019 diumumkan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Secure2u Adalah Madatori Bagi Aplikasi Maybank berkuat kuasa 22 Januari 2019

iOS 12.1.3 Bakal Dilepaskan Kepada Umum Seawal Hari Ini