Ini mungkin berita yang sangat gembira kepada pengguna iPhone yang menggunakan bateri pihak ketiga yang mana Apple mula membenarkan anda untuk menghantar ke Pusat Servis Apple (ASP) untuk penukaran bateri asli atau sebarang pembaikan lain.
Laporan ini telah disahkan di laman blog yang berpangkalan di Perancis iGeneration. Umum mengetahui bahawa Apple sangat mementingkan keaslian komponen iPhone sebelum melayakkan anda untuk menghantar ke ASP.
Berdasarkan pemantauan saya pada tahun lepas, ramai pengguna iPhone terpaksa berputih mata untuk menukar bateri iPhone asli yang berharga RM121.00 memandangkan mereka pernah menukar bateri tersebut di kedai selain ASP.
Apple juga turut menerima sebarang servis berkaitan penukaran atau pembaikan skrin, papan logik, mikrofon, dan sebagainya dengan syarat iPhone anda hanya menukar bateri sahaja pihak ketiga sahaja.
Sekiranya anda pernah menukar sebarang komponen iPhone selain bateri, pihak ASP tidak akan menerima iPhone anda untuk dibaiki.
Untuk peggantian bateri pihak ketiga dengan bateri asli, Juruteknik di ASP akan memastikan peratusan bateri iPhone anda turun sekitar 60% terlebih dahulu sebelum proses penukaran dapat dijalankan dengan kadar caj yang sama seperti pengguna yang lain.
Garis Panduan baharu ini efektif bermula khamis ini yang meliputi seluruh dunia. Walau bagaimanapun, saya memohon anda untuk berhubung dengan ASP terdekat bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini.
Saya akan mengemaskini laporan ini setelah berjaya mendapatkan maklum balas dari ASP di Malaysia.
SEKADAR PANDANGAN