in

59% Atau 10,077 Responden Memilih iPhone 11 Berbanding iPhone XS Untuk Naik Taraf iPhone Baharu

Sejak akhir-akhir ini saya menerima banyak pertanyaan berhubung pemilihan iPhone 11 atau iPhone Xs sebagai model paling releven untuk dinaik taraf.

Kebanyakan individu yang bertanyakan soalan ini datangnya dari pengguna iPhone 5s dan iPhone 6/Plus di mana model tersebut sudah tidak menerima kemaskini iOS 13.

Bagi memastikan mereka membuat pemilihan yang betul, saya telah melakukan kaji selidik berhubung perkara ini di laman Twitter saya.

Seramai 17,080 Responden telah melakukan undian yang terdiri daripada pengguna iOS dan Android.

Berdasarkan undian tersebut seramai 10,077 atau 59% Responden telah memilih iPhone 11 manakala 41% pula memilih iPhone Xs.

Antara sebab utama mengapa majoriti Responden memilih iPhone 11 adalah harga, bateri, kamera, cip pemprosesan serta warna.

Manakala faktor mengapa Responden memilih iPhone XS adalah disebabkan OLED, kedudukan kamera, saiz dan lain-lain.

Walaupun saya lihat undian tersebut melebihi 59%, namun dengan hanya perbezaan 18% iaitu tidak melebihi 2/3 majoriti saya fikir isu ini perlu saya ulas lebih terperinci agar anda dapat memilih model yang terbaik.

Antara perkara paling utama dalam pemilihan sesebuah iPhone adalah status model itu sendiri. iPhone Xs adalah model flagship manakala iPhone 11 separa flagship.

i-Phone-Xs-Gold-2-UP-Angled-SCREEN-1

Istilah separa flagship tidak pernah digunakan sebagai pengukur setiap model telefon pintar. Namun saya terpaksa menggunakan istilah sedemikian memandangkan iPhone 11 tidak tergolong dalam versi pertengahan atau bajet.

iPhone flagship dalam erti kata mudah adalah model paling terbaik dalam kelasnya. Model ini harus hadir dengan spesifikasi yang maksimum, bahan material premium serta kefungsian yang menyeluruh.

Berdasarkan keterangan di atas dapat di simpulkan bahawa iPhone Xs adalah model flagship manakala iPhone 11 separa flagship.

Berdasarkan konteks ini secara jelas kita dapat membuat kesimpulan bahawa iPhone Xs lebih baik dari iPhone 11.

Namun disebabkan iPhone Xs dikeluarkan pada tahun 2018 dan iPhone 11 2019, saya terpaksa membuat perbandingan yang lebih terperinci.

Lagi artikel di ifon.my  Program Penukaran Bateri: Kepada Pengguna iPhone, Mohon Jangan Menyesal

iphone11-select-2019-family

Antara aspek utama yang perlu dilihat adalah tanda harga. Berikut merupakan tanda harga bagi kedua-dua model tersebut.

iPhone 11 (2019)
64GB – RM3,399.00
128GB – RM3,599.00
256GB – RM4,099.00

iPhone Xs (2018)*
64B – RM4,099.00
256GB – RM4,799.00.00
512GB – RM5,699.00

*Harga promosi dari Switch Malaysia

Berdasarkan senarai harga di atas kita boleh lihat bahawa harga iPhone Xs 64GB menyamai harga iPhone 11 256GB. Dalam konteks ini sudah tentu anda digalakkan memilih storan yang lebih besar berbanding 64GB yang bagi saya storan paling minimum untuk tahun ini.

Tanda bintang * pada iPhone Xs merujuk kepada harga yang ditawarkan oleh Switch Malaysia sahaja kerana setiap AAR mempunyai tanda harga yang berbeza.

Hal ini disebabkan Apple menamatkan pengeluaran iPhone Xs bagi memberi tumpuan kepada jualan bagi iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Oleh yang demikian anda mungkin menghadapi kesukaran dalam membeli iPhone Xs disebabkan isu yang dijelaskan sebentar tadi.

Bagi cip pemprosesan pula, iPhone 11 dikuasakan dengan cip A13 Bionic, manakala iPhone Xs A12 Bionic.

20190910180024-922573

A13 Bionic hadir dengan jumlah transistor sebanyak 8.5 bilion berbanding A12 Bionic sebanyak 6.9 bilion. Kedua-dua cip ini hadir dengan empat teras kecekapan tinggi ( high-efficiency cores) dan dua teras berprestasi tinggi ( high-performance cores).

Dari segi prestasi, A13 Bionic mempunyai kepantasan lebih 20% berbanding A12 Bionic bagi empat teras, manakala 20% untuk dua teras.

Ini memberikan penjimatan bateri sebanyak 40% bagi empat teras dan 30% untuk dua teras berbanding A12 Bionic. Namun kedua-dua model ini menggunakan kapasiti RAM yang sama iaitu 4GB.

iphone11dualcameras-800x697

iPhone 11 dan iPhone Xs hadir dengan kamera dwi lensa di mana iPhone 11 memfokuskan wide dan ultrawide manakala iPhone Xs wide dan telephoto.

Lensa ultrawide lebih memfokuskan bukaan kawasan yang lebih besar berbanding telephoto yang memfokuskan kualiti gambar yang menarik termasuklah bokeh.

Kamera swa-foto pula, iPhone 11 hadir dengan 12MP f/2.2, 23mm (wide) SL kamera 3D manakala iPhone Xs 7MP f/2.2, 32mm (standard) SL kamera 3D.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?

Dalam perbandingan ini kamera swa-foto bagi iPhone 11 lebih menarik berbanding iPhone Xs. Namun untuk kamera utama ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Dari segi bahan binaan, iPhone XS mempunyai kualiti lebih baik dari iPhone 11. Kedua-dua model ini hadir dengan kaca depan dan belakang namun berbeza dari segi bingkai yang mana iPhone Xs menggunakan keluli tahan karat (stainless steel) manakala iPhone 11 menggunakan aluminium.

Bagi saya soal kosmetik ini terpulang kepada individu itu sendiri. Namun jika anda mementingkan kualiti yang premium iPhone Xs antara model yang harus anda pilih.

Antara keistimewaan yang ada pada iPhone Xs adalah fungsi 3D Touch. Namun sejak pelancaran iOS 13, Apple lebih menumpukan kepada Haptic Touch berbanding 3D Touch.

Tiada guna anda bazirkan wang yang lebih untuk dapatkan fungsi yang bakal lenyap ini kecuali anda mahukan iPhone versi flagship.

Dari segi jangka hayat bateri sudah tentulah iPhone 11 mempunyai jangka hayat yang lebih berbanding iPhone Xs. iPhone 11 hadir dengan 3110 mAh manakala iPhone Xs hanya 2658 mAh.

Antara faktor utama mengapa pengguna terpaksa berfikir untuk mendapatkan iPhone 11 adalah disebabkan ia hadir dengan IPS LCD berbanding iPhone Xs yang menggunakan OLED.

Resolusi bagi iPhone Xs adalah 1125 x 2436 Pixel (458 ppi) berbanding iPhone 11 828 x 1792 Pixel (326ppi). iPhone Xs secara umumnya memenuhi kriteria sebuah iPhone versi flagship memandangkan kualiti OLED lebih baik berbanding IPS LCD.

Namun teknologi Liquid Retina sedikit sebanyak menghasilkan paparan yang lebih baik. Tidak hairanlah sesetengah pengguna tidak boleh bezakan kualiti paparan iPhone 11 walaupun resolusi bukan Full HD.

Konklusinya saya tidak mempunyai masalah untuk memilih kedua-dua model ini. Semua bergantung kepada citarasa masing-masing, saya tidak nafikan spesifikasi iPhone 11 lebih baik atas faktor ia baru sahaja dilancarkan.

Tidak bermakna iPhone Xs tidak bagus kerana ia merupakan versi flagship yang merupakan satu kemestian untuk Pengguna yang mahukan yang terbaik.

Kehilangan fungsi 3D Touch hakikatnya memberi kesan besar pada penilaian ini selain aksesori yang terhad disebabkan oleh iPhone Xs telah ditamatkan pengeluaran telah memaksa saya memilih iPhone 11 termasuk faktor harga yang bagi saya sangat berpatutan bagi pengguna kekurangan bajet untuk membeli iPhone 11 Pro atau iPhone 11 Pro Max.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

81% Dari 5,057 Responden Mengemaskini iOS 13 Menggunakan Over-The-Air (OTA)

Ramalan Harga iPhone 12