in , ,

Ceritera iOS 14

Sebelum ini saya lantang mengkritik iOS 13 disebabkan isu pepijat. Tidak hairanlah saya sering menggunakan terma ‘Tikus Putih dan Sainstis’ di mana tikus putih merujuk kepada Pengguna iPhone dan Sainstis merujuk kepada Apple.

561-C11-E9-53-BD-4-D62-8-C95-CF8-AD9-C32-A2-A

Pada awal pelepasan iOS 14 saya lihat beberapa isu telah berlaku namun tidak terlalu kronik seperti yang berlaku pada iOS 13. Setakat hari ini empat kemas kini telah dilepaskan oleh Apple iaitu:

– 14.0.1

– 14.1

– 14.2

– 14.2.1*

*iPhone 12 dan iPhone 12 Pro sahaja.

Kemas kini ini tidak termasuk iOS 14.3 yang saya ramal bakal dilepaskan sekitar pertengahan Disember ini. Berbeza dengan iOS 13, jika dibandingkan dengan garis waktu yang sama. Sebanyak lapan kemas kini telah dilepaskan setakat November 2019.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengulas Teknologi Memilih iPad Pro 2018 Sebagai Gadget Paling Diminati Untuk Tahun 2018

Saya akui tidak semestinya kekerapan kemas kini mengambarkan iOS tersebut bermasalah. Namun bagi kes yang berlaku pada iOS 13 ia merujuk kepada masalah berbanding sebaliknya.

Kontrakdiksi dengan iOS 12 , versi ini satu-satunya iOS yang mencapai kemas kini sebanyak 20 kali dan kali terakhir dilepaskan pada 6 November 2020. Walaupun jumlah kemas kini adalah tinggi, namun isu yang berlaku pada iOS 12 tidak seteruk iOS 13.

Apple hakikatnya mengambil serius berhubung isu yang berlaku pada iOS 13. Tidak hairanlah mengapa iOS 14 tidak begitu bermasalah. Konklusinya, setakat hari ini iOS 14 masih baik dan tidak mendatangkan isu yang kritikal pada iPhone.

Saya masih konsisten untuk mengangap iOS 13 ‘Raja segala Pepijat’. Bagi iOS 14, tiada isu besar untuk dibahaskan memandangkan ia masih beroperasi dengan baik

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1 BETA 2 Sedia Untuk Dikemaskini

Kendatipun begitu, telah tercatat apakala iOS 8, iOS 11 dan iOS 13 dilepaskan, ia sudah membawa kebejatan dalam ekosistem iOS yang sebelum ini sering dicemburui oleh pesaing.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Tatacara Membeli iPhone Terpakai

Ceritera: Jual Beli Telefon Pintar Episod Pertama