Menurut @OmdiaHQ, bil bahan (BoM) adalah sekitar $1,542 tidak termasuk penyelidikan dan pembangunan, pembungkusan, pemasaran serta margin keuntungan. Kos tersebut juga tidak termasuk VisionOS yang melibatkan implikasi kewangan yang tinggi untuk dibangunkan.
Sebelum ini @CounterPointTR turut melaporkan BoM bagi iPhone 15 Pro Max 256GB sekitar $502 iaitu peningkatan 8% berbanding BoM untuk iPhone 14 Pro Max dengan storan sama. Kos tersebut juga tidak termasuk pembangunan iOS yang ternyata mahal harganya.