in ,

Orient Telecoms Melancarkan ORBIT 10000 Khusus Untuk Perusahaan

Hari ini Orient Telecoms telah melancarkan produk baharu iaitu ORBIT 10000 yang berlangsung di Sky Lounge, Nu Sentral KL. ORBIT 10000 merupakan internet premium bagi perniagaan dengan kelajuan menjangkau 10Gbps. Orient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi.

Menerusi langkah penting untuk mentakrifkan semula ketersambungan perniagaan, perkhidmatan premium itu disesuaikan untuk perniagaan berskala besar. Ia mula ditawarkan di Malaysia sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global. Perkhidmatan ini memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur Ethernet Kelas Pembawa aktif. Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana. 

Orient Telecoms telah menguasai 10% – 20% pasaran di Lembah Klang dan akan dikembangkan ke Pantai Timur, wilayah Sabah dan Sarawak dalam tiga hingga lima tahun mendatang.

ORBIT 10000 tidak menyatakan secara terperinci tentang harga langganan, namun tertumpu kepada perusahaan yang melibatkan jumlah pengguna yang besar. Setiap langganan bergantung kepada infrastuktur dan keperluan setiap perniagaan.

“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” kata Encik Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc.

ORBIT 10000 bersedia untuk merevolusikan cara perniagaan memenuhi keperluan internet mereka. Dengan menggabungkan kelajuan ultra pantas dengan keselamatan dan kebolehpercayaan, Orient Telecoms menetapkan standard baharu untuk ketersambungan perniagaan. Perkhidmatan ini direka bentuk untuk memperkasakan perniagaan, membolehkan mereka berkembang maju dalam dunia digital.

Pelancaran ORBIT 10000 oleh Orient Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia. Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi dan kecemerlangan, menyediakan peralatan yang perlukan oleh perniagaan untuk berjaya. Apabila perniagaan semakin berkembang, Orient Telecoms kekal komited untuk menyokong perjalanan mereka dengan teknologi terkini dan kebolehpercayaan yang tidak berbelah bahagi.

Encik Alkushovski berkata, ORBIT10000 dipantau dalam masa nyata oleh Pusat Operasi Rangkaian kami bagi memastikan tindak balas insiden yang pantas dan mempertingkatkan prestasi serta kebolehpercayaan. ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda, layari laman sesawang Orient Telecoms atau hubungi pasukan penyelesaian perniagaan kami. Alami masa depan perkhidmatan internet dengan ORBIT 10000 – di mana kelajuan disokong keselamatan, dan inovasi memacu kejayaan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo Malaysia Melancarkan Warna Baharu Bagi Peranti Y100 5G

Merchantrade Melancarkan Kad Prabayar Perniagaan Visa Pertama di Malaysia