in

Buka Kotak vivo V40 5G

Kami berkesempatan untuk buka kotak bagi telefon pintar daripada vivo Malaysia iaitu vivo V40 5G sebuah peranti daripada segmen pertengahan (mid-range).

vivo V40 5G diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dengan Ingatan Capaian Rawak (RAM) sebesar 8GB/12GB serta sokongan kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 4500 nit. Model ini hadir dengan kapasiti bateri sebanyak 5500 mAh dengan pengecasan pantas 80W, kamera utama 50 megapiksel dengan lensa optik daripada Zeiss.

Setakat ini tiada tanda harga bagi jualan vivo V40 5G. Harga jualan mungkin diumumkan pada 22 Ogos ini sempena pelancaran rasmi. Kami akan kongsi video ulasan terperinci sedikit masa lagi.

“vivo V40 5G serlahkan imej potret fotografi mu”

Lagi artikel di ifon.my  Dapatkan vivo Y28s 5G Secara Percuma Dengan Pelan U Savemore

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Dapatkan vivo Y28s 5G Secara Percuma Dengan Pelan U Savemore

PICO 4 Ultra Set Kepala Realiti Campuran Dilancarkan di Malaysia