in

10 Petua Membeli dan Menggunakan iPhone Kali Pertama

1. Buka Kotak (unboxing)Pastikan anda buka kotak di dalam kedai serta disaksikan oleh staf Penjual Berdaftar (AAR).Sekiranya iPhone mempunyai isu kosmetik yang ketara, sila berhubung dengan penyelia bagi tuntutan baharu.

2. Selongsong (Case)Pilih selongsong bersesuaian dan mampu menyerap haba dengan baik.Pemilihan selongsong penting untuk mengelakkan haba terperangkap sekali gus mengakibatkan hayat bateri semakin singkat. Selain itu, isu rangkaian boleh terganggu jika salah pilih selongsong.

3. Kaca Bajaan (Tempered Glass)Sila pilih kaca bajaan yang bersesuaian. Saya kurang galakkan anda menggunakan “Hydrogel” kecuali terbukti mempunyai pelindungan tambahan sama seperti kaca bajaan lain.Tiada masalah untuk memilih mana-mana kaca bajaan asalkan anda yakin.

4. Alat suai Kuasa (Power Adapter)Anda boleh beli alat suai kuasa USB-C 20W ke atas dengan sokongan “Power Delivery” (PD).Tiada masalah untuk beli alat suai kuasa tanpa penarafan MFi asalkan asli dan berjenama seperti Belkin, Aukey, Anker atau jenama Apple sendiri.

Lagi artikel di ifon.my  Dilema : iPhone 15 Pro atau iPhone 16?

Berikut pautan yang boleh anda beli. Namun anda boleh pilih jenama lain mengikut kesesuaian.

Belkin : https://s.shopee.com.my/9pLhh2U6KJ

Aukey : https://s.shopee.com.my/7UxmullW6Y

Anker : https://s.shopee.com.my/AUbOUIvgsj

5. Kabel USB-CApple telah sertakan kabel USB-C di dalam kotak.Sekiranya anda mahu membeli kabel tambahan, tiada masalah untuk beli mana-mana jenama tanpa memerlukan penarafan MFi. Pilih jenama yang berkualiti seperti Belkin, Aukey dan lain-lain.

Anda boleh beli kabel di pautan yang saya kongsi atau boleh memilih mana-mana yang difikirkan sesuai.

Anker : https://s.shopee.com.my/7KeMiXJFiQ

Aukey : https://s.shopee.com.my/701WJwTGC4

Belkin : https://s.shopee.com.my/5fW8jVcTA7

6. Tidak Perlu Cas 8 JamTidak perlu cas iPhone selama 8 jam sebaik membuka kotak. Kebiasaannya bateri iPhone sekitar 70% sebaik dihidupkan.Sekiranya bateri bawah 20% digalakkan untuk terus cas sehingga 80% atau 100%.

7. Pemindahan DataTerdapat tiga cara untuk memindahkan data dari iPhone lama ke iPhone baharu.Pertama, melalui iCloud dan ianya percuma, tanpa perlu melanggan pelan storan, kedua sebaik mengaktifkan iPhone baharu dan ketiga melalui iTunes.

Lagi artikel di ifon.my  Dilema : iPhone 15 Pro atau iPhone 16?

Jika anda pengguna Android dan mahu memindahkan data termasuk WhatsApp. Hanya perlu muat turun aplikasi Move to iOS di Gedung Play.

8. Apple Care+

Jika anda mahukan pelindungan tambahan, boleh membeli Apple Care+ yang melindungi iPhone dari kecuaian sendiri selama dua tahun.Walau bagaimanapun, terdapat hukum membeli waranti tambahan. Klik DI SINI

9. Kemas kini iOSPastikan anda mengemas kini iOS pada versi terkini. Pada waktu ini tiada kemas kini baharu dan perlu menunggu sekitar Oktober untuk mendapat kemas kini iOS 18.1.Pastikan semua aplikasi ketiga seperti perbankan, media sosial dikemas kini pada versi terkini.

10. Apple IntelligenceApple Intelligence belum tersedia pada waktu ini. Anda hanya boleh menggunakan fungsi tersebut sekitar Oktober sebaik iOS 18.1 dilancarkan.Semua model iPhone 16 menyokong Apple Intelligence termasuklah iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Peluncuran siri iQOO Z9 5G warna Titanium oleh vivo Malaysia