in ,

Hoppers Menghiburkan

Hoppers, sebuah filem animasi daripada Pixar, berjaya membuatkan saya dan para penonton lain bergelak ketawa di pawagam semalam.

Bagi saya, penceritaannya sarat dengan nilai moral, tetapi pada masa yang sama masih diselitkan komedi yang mencuit hati.Filem ini mengisahkan Mabel, seorang gadis yang sangat mencintai flora dan fauna.

Demi melindungi alam semula jadi, dia cuba menghalang datuk bandar daripada memusnahkan kawasan yang menjadi habitat haiwan.

Dari segi animasi pula, saya rasa kualiti yang dibawakan oleh Pixar kali ini nampak lebih matang dan sangat berkualiti.

Setiap babak terasa hidup dan mudah membuatkan penonton terus terhibur sepanjang filem.Kalau anda sedang murung atau stres dengan kerja dan kehidupan, Hoppers mungkin filem yang sesuai untuk anda tonton.

Lagi artikel di ifon.my  Tron:Ares Menakjubkan!

Percayalah, anda pasti akan ketawa lebih-lebih lagi dalam satu babak melibatkan Mabel dan ratu rama-rama.

Seluruh pawagam bergema dengan gelak tawa yang tidak berhenti selama beberapa minit gara-gara babak tersebut. Nak tahu babak apa? Anda kena tonton sendiri.

Terima kasih kepada Disney Malaysia kerana membawakan filem yang penuh dengan gelak tawa ini, tetapi pada masa yang sama tetap mempunyai nilai moral yang baik.

Filem ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga pasti akan terhibur terutamanya kalau anda sedang stres.

Hoppers akan mula ditayangkan di pawagam bermula 19 Mac 2026. Percayalah, anda pasti akan terhibur dengan celoteh memerang, cicak hijau, ikan jerung dan pelbagai lagi haiwan yang mencuit hati.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Elio: Menyuntik Kasih Sayang Dan Hadiah Hari Bapa

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

PICO Lancar PICO OS 6, Perkenal Peranti XR Baharu “Project Swan”