in

Adakah Bateri iPhone Anda Bermasalah Jika Kerap Bermain Game?

Umum mengetahui bahawa kebanyakan gamers mula beralih kepada aplikasi mobile berbanding konsol akibat kekangan masa.Walaupun bukan semua gamer tegar akan bermain game menggunakan iPhone namun jumlahnya masih tinggi.

Saya bukanlah kaki gamer, namun sejak akhir-akhir ini banyak game yang mempunyai grafik yang tinggi mula menyokong iPhone.Kita semua mengetahui bahawa game yang mempunyai grafik yang tinggi di Apps Store kebanyakanya telah menggunakan Metal.

Metal merupakan Standard Development Kit khas (SDK) untuk pembangunan aplikasi game. Kerana itulah anda mula melihat kebanyakan game di iOS adalah sangat menarik sejak iOS 8 dilancarkan.

Anda juga perlu memahami apabila anda bermain aplikasi game yang mempunyai grafik yang tinggi, iPhone anda akan menggunakan sepenuhnya RAM, GPU dan CPU untuk memastikan game tersebut tidak tersekat-sekat.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?

Hakikatnya ketiga-tiga elemen ini sangat penting untuk memastikan anda berpuas hati dengan prestasi game tersebut.Bagi kaki gamers, mereka sudah maklum bahawa GPU,RAM dan CPU menjadi faktor utama bagi memastikan game tersebut lancar.

Saya tidak mahu mengulas lanjut fungsi bagi RAM, GPU dan CPU. Namun, saya ingin memberikan sedikit pendapat, adakah bateri iPhone anda akan bermasalah sekiranya anda kerap bermain game.

Jawapan saya adalah YA.

Ini kerana apabila anda bermain game yang mempunyai grafik yang tinggi, GPU,RAM dan CPU akan digunakan secara maksimumIni mengakibatkan iPhone anda memerlukan kuasa yang lebih bagi memastikan game tersebut lancar.

Apabila iPhone anda memerlukan kuasa yang tinggi. Secara automatik suhu pada iPhone anda akan meningkat.Anda perlu memahami bahawa bateri iPhone hanya boleh menerima suhu 0 hingga 35 darjah Celsius sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Pengguna Berpuas Hati Dengan Kemaskini iOS 12

Sekiranya suhu iPhone anda lebih dari suhu tersebut, ia akan memudaratkan bateri iPhone seterusnya akan memendekkan jangka hayat bateri iPhone.

Selain itu, anda harus akui bahawa Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa bateri iPhone anda hanya mampu bertahan sebanyak 500 kali kitaran caj penuh.

Sudah tentu dalam tempoh sehari anda akan caj lebih dari 3 hingga 4 kali kerana iPhone kehabisan bateri bukan? Ini juga merupakan faktor penyebab.iPhone hakikatnya dicipta bukan untuk game. Tapi akibat dari permintaan yang tinggi memaksa Apple memfokuskan kepada game.

Tidak salah untuk bermain game, bukan semua aplikasi game memudaratkan bateri. Cuma anda sebagai pengguna harus cakna berhubung perkara ini.

SEKADAR PENDAPAT

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ingenious ad

Samsung Tampil Dengan Dua Iklan Terbaharu Kesinambungan Dari Iklan Sebelum Ini.

Scott Forstall Dan Masa Depan Apple