Seperti diketahui beberapa keping gambar dan video Pixel 3 XL telah tertiris di arena web yang mana Pixel 3 XL hadir dengan rekaan yang sama namun terdapat beberapa tambahan pada aksesori di dalam kotak.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Blogger dari Ukrain, Pixel 3 XL hadir dengan skrin 6.7inci dengan resolusi 2960×1440.
Pixel 3 XL juga hadir dengan kapasiti bateri 3,430 mAh dan kamera belakang sebesar 12.2MP dan hadapan sebesar 8.1MP
Selain itu, Pixel 3 XL dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 845, 4GB RAM dan hadir dengan kapasiti storan 64GB.
Pixel 3 XL bakal dilancarkan pada Oktober ini dan akan dijual di beberapa buah negara terpilih sahaja. Belum dapat dipastikan adakah Malaysia bakal menjadi negara terbaharu untuk Google menjual peranti mereka.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: 9to5Google