in ,

Apakah Nama Bagi iPhone 2018?

Umum mengetahui bahawa setiap bulan September Apple akan melancarkan model baru bagi iPhone.

Walaupun bukan semua model iPhone dilancarkan pada bulan tersebut, namun jika dilihat dari segi rentas masa Apple mula memfokuskan bulan September sebagai tarikh keramat bagi pelancaran iPhone. 

Antara model yang tidak dilancarkan pada bulan September termasuklah iPhone (Januari 2007), iPhone 3G (Jun 2008), iPhone 3GS (Jun 2009), iPhone 4S (Oktober 2011) dan iPhone SE (Mac o2016).

5872535cv11d
iPhone 6S
AZODiphone3_GS32_GB_wh_new
iPhone 3GS

iPhone kali pertama menggunakan ‘S’ sebagai pengganti model terdahulu adalah pada model iPhone 3GS. Pada ketika itu ‘S’ bermaksud Speed atau kepantasan.

Ini bermakna ‘S’ lebih kepada pelengkap kepada model sebelumnya. Tidak hairanlah model ‘S’ mempunyai teknologi baru termasuklah iPhone 3GS (kamera), iPhone 4S(SIRI), iPhone 5S(Touch ID) dan iPhone 6S (3D Touch). 

Apple kebiasaannya menghabiskan dua tahun bagi kitaran nombor bagi satu-satu model. Sebagai contoh 2008 mereka melancarkan iPhone 3G, disusuli dengan iPhone 3GS pada 2009 dan barulah mereka menggunakan nombor 4 untuk iPhone 4 pada tahun 2010. 

Lagi artikel di ifon.my  Jailbreak dan Isu Keselamatan

Namun bermula pada tahun 2018 Apple nampaknya telah merubah cara mereka memperkenalkan iPhone, dimana mereka telah melangkau iPhone 7S/SPlus dengan memperkenalkan iPhone 8/Plus.

Namun, ini bukan kali pertama Apple tidak menggunakan nama ‘S’ kerana model iPhone (2007), iPhone 5C dan iPhone SE tidak menggunapakai konsep ‘S’. 

Namun, jika dilihat pada kenyataan saya di atas iPhone 5C dan iPhone SE bukanlah model flagship mereka. iPhone (2007) juga mungkin kurang relevan memandangkan ia model kali pertama. 

Jika benar Apple tidak lagi menggunakan konsep ‘S’ pada model mereka adakah iPhone akan datang akan dipanggil iPhone 9 atau iPhone 11?

2018-iphones-kuo-94f66959d9a3adf1
iPhone 2018

Secara peribadi saya berpandangan Apple kekal menggunakan konsep ‘S’ dan besar kemungkinan model flagship mereka akan dipanggil sebagai iPhone XS/XS Plus atau dengan bahasa mudah iPhone 10S dan iPhone 10S Plus. 

Lagi artikel di ifon.my  Jony Ive Kembali Menghidupkan Era Keagungan Apple.

Manakala iPhone 6.1inci besar kemungkinan akan dipanggil nama lain, sama seperti yang mereka gunakan pada iPhone 5C dan iPhone SE. 

Buat masa ini saya tiada pandangan berhubung nama baru bagi iPhone 6.1 inci. Cukuplah saya memanggilnya iPhone 9. 

Saya menuntaskan bahawa iPhone XS dan iPhone XS Plus bakal menjadi nama baru bagi model flagship mereka disebabkan oleh hujahan saya seperti di atas.

Saya menjangkakan majlis pelancaran iPhone 2018 bakal diadakan sekitar awal September 2018 dan jemputan akan diedarkan sekitar penghujung bulan ini. 

Apa pun,ini hanyalah jangkaan saya sahaja. Anda boleh memanggil apa-apa sahaja nama sehingga mereka umumkan pada September ini. 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melepaskan iOS 12 Public BETA 6 Kepada Pengguna

Jony Ive Kembali Menghidupkan Era Keagungan Apple.