in , ,

PowerMac G4 Cube & Era Kegemilangan Apple

Pada 19 Julai 2000, Apple telah memperkenalkan sebuah komputer meja, PowerMac G4 Cube yang dikuasakan dengan sistem pemprosesan dari Freescale yang merupakan sebahagian dari Motorola. Jika dilihat dari segi reka bentuk, ia merupakan antara rekaan paling futuristik pernah dihasilkan oleh Apple.

Komputer meja ini juga boleh dianggap di antara sistem unit paling menarik jika dibanding dengan komputer meja yang lain. Apple begitu sinonim dengan rekaan yang menarik, ia boleh dianggap sesuatu yang tidak tercapai dek akal memandangkan rekaan ini dihasilkan 18 tahun yang lalu.

Komputer meja ini juga diantara produk yang dipertaruhkan oleh Steve Jobs memandangkan beliau baru sahaja menerajui kembali legasi Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Apple, NEXT Dan Microsoft
Power Mac G4 Cube
Power Mac G4 Cube

Oleh kerana harga permulaan sekitar ~RM7000.00, Power Mac G4 Cube, antara produk kurang berjaya berbanding versi Mac yang lain. Komputer meja ini telah terjual sebanyak 150,000 unit sahaja satu pertiga dari jumlah sebenar yang ingin dicapai.

Hakikatnya, Steve Jobs sangat terpegun dengan rekaan yang dihasilkan oleh Jony Ive yang merupakan bapa kepada rekaan iPhone, iPod, iPad dan lain-lain. Tidak hairanlah beliau menggunakan “simply the coolest computer ever,” sebagai slogan bagi inovasi ini.

Semasa pengenalan kepada inovasi ini hakikatnya Apple masih boleh dianggap syarikat yang sangat lemah. Sehinggalah Steve Jobs memperkenalkan iPod pada 2001, sejak dari itu Apple berkembang dengan pelbagai inovasi termasuklah MacBook Unibody, MacBook Air, iPad dan iPhone.

Apple terus mencapai era kegemilangan semenjak iPhone diperkenalkan. Sejak dari itu, minda pengguna mula beralih dari symbian kepada iOS dan Windows ke macOS.

Lagi artikel di ifon.my  Pasaran MacBook Jatuh Menjunam

Sejak kematian Steve Jobs, tiada lagi yang boleh dibanggakan. Tim Cook masih boleh membawa inovasi yang dihasilkan oleh Steve Jobs sehingga ke hari ini.

Namun, Apple perlu sedar bahawa setakat ini keuntungan besar mereka datang dari penjualan iPhone berbanding iPad dan MacBook yang semakin menurun dari segi penjualan.

Jika suatu masa nanti pasaran telefon pintar sudah mencapai satu fasa matang.  Besar kemungkinan Apple akan kembali ke era kegelapan suatu ketika dahulu.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 5 Revolusi Baharu Skeuomorphic

Samsung Galaxy Note 9 Mempunyai Daya Tahan Bateri Terkuat Berbanding iPhone X dan OnePlus 6