in ,

Sejauh Manakah Anda Sayang Pada iPhone?

Di era yang serba moden ini, telefon pintar sudah menjadi satu keperluan bagi semua manusia lebih-lebih lagi dari generasi X, Y dan Z

557b5327ecad04052047f015-1536-1152
ihsan Business Insider

Telefon pintar hakikatnya sudah hadir di pasaran 15 tahun sebelum kehadiran iPhone.Simon Personal Communicator merupakan telefon pintar pertama dibangunkan oleh IBM sekitar tahun 1992.

Walaupun Nokia 3310, 8210 dan 8250 sangat popular sekitar 90an , hakikatnya ia bukanlah sebuah telefon pintar. Pada ketika itu, pengguna belum memahami sepenuhnya maksud telefon pintar akibat kekangan sambungan internet.

nokia-8250-butterfly-refurbished
Nokia 8250


Namun sejak rangkaian 3G diperkenalkan, pelbagai telefon pintar mula tumbuh seperti cendawan antaranya iPhone, Blackberry dan Samsung.

Sejak dari itulah syarikat mula memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi antaranya iOS, Android, BlackBery OS, Tizen, Ubuntu  dan Windows.

Akibat dari kepesatan industri telefon pintar, akhirnya ia memberi kesan besar terhadap penguasaan pasaran PC di seluruh dunia.

Hakikatnya untuk memiliki telefon pintar seperti iPhone bukanlah satu perkara mudah memandangkan harga bagi telefon pintar ini mencecah RM3,442 hinggalah mencecah sehingga RM5,000.

Lagi artikel di ifon.my  Wakil Jualan Apple Mengesahkan Set Malaysia (MY) Bagi iPhone Ditamatkan

Namun, disebalik harga yang sangat premium ini masih terdapat segelintir pengguna yang tidak cakna tentang penjagaan iPhone.

Saya akui aksesori iPhone asli mencecah puluhan ringgit, namun anda perlu sedar walaupun harga sangat tinggi sekurang-kurangnya ia menjamin kualiti peranti pintar anda.

i_Phone-accessories
Aksesori iPhone

Memang tidak dinafikan kebanjiran aksesori seperti kabel, plug dan powerbank tiruan yang dijual pada harga murah menyebabkan ramai pengguna iPhone gemar memilih aksesori tersebut dari yang asli.

Saya akui harga aksesori asli sangat mahal. Namun, anda perlu sedar akibat dari penggunaan aksesori tiruan.  Saya selalu memerhati masalah yang dihadapi oleh pengguna iPhone rata-rata mengalami masalah yang sama.

Ramai dikalangan kita suka membeli kabel pengecasan yang tidak asli untuk kegunaan pada kenderaan dan pejabat memandangkan anda hanya memiliki satu sahaja kabel asli di rumah. Disebabkan sifat kedekut inilah iPhone anda kemungkinan berdepan dengan masalah.

Saya tidak mengatakan bahawa semua kabel tiruan bermasalah, namun lebih baik mencegah dari merawat.

Jika anda membeli iPhone set refurbish yang kebanyakannya dijual di kedai bukan disahkan oleh Apple dan IG Shop, amatlah ditekankan supaya anda menggunakan aksesori yang asli memandangkan iPhone tersebut mempunyai jangka hayat yang sangat rendah.

Sebelum anda membeli kabel tidak asli, berfikir terlebih dahulu sebelum membelinya. Jangan mudah terpedaya dengan kedai yang bukan wakil jualan sah memandangkan pihak mereka hanya menjual kabel kelas A+++ sahaja.

Jika anda kurang berkemampuan anda boleh membeli kabel yang mempunyai pengesahan MFi yang terang-terang selamat.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 12 Laris Di Malaysia

Hakikatnya pesanan ini ditujukan kepada pengguna yang kurang berkemampuan. Jika anda seorang yang berharta, rasanya ia tidak menjadi masalah memandangkan anda boleh mengeluarkan wang yang lebih untuk membaiki atau membeli model yang baru.

SEKADAR RENUNGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Craig Federighi Tulang Belakang Apple

Maklum Balas Apple Berkenaan Status Kabel Foxconn