Samsung sebelum ini telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa prestasi jualan bagi Samsung Galaxy S9 telah mengalami kemerosotan.
Menurut laporan dari mobile carrier dari Korea pra tempah bagi Note 9 meningkat 30 hingga 50 peratus berbanding Samsung Galaxy S9.
Pra tempah Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia juga turut menerima kesan positif memandangkan kesemua model telah habis ditempah.
Peningkatan kapada sambutan pra tempah ini berkemungkinan didorong dengan harga jualan yang berpatutan serta tawaran hadiah yang sangat lumayan.
Kita mungkin akan mengetahui prestasi jualan bagi Galaxy Note 9 ini setelah ia berada di pasaran kelak. Adakah model ini mampu memberi saingan sengit bagi model iPhone 2018 serta Google Pixel 3. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: The Investor