Seperti diketahui Apple bakal melancarkan iPad Pro terbaru dalam masa terdekat. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa iPad Pro akan hadir dengan skrin tanpa bezel sama seperti iPhone X.
Ini bermakna iPad Pro 2018 akan menggunakan skrin AMOLED dengan sokongan Face ID. Setakat ini belum ada laporan yang konkrit menunjukkan rekaan iPad Pro akan datang.
Terkini @Slashleaks dalam Twitter beliau telah mendedahkan case yang digunakan pada iPad Pro 2018.
#Apple – #iPadPro – Alleged 10.5-inch iPad Pro (2018) case with mysterious new cutout on the back https://t.co/Ua6FPisqoZ pic.twitter.com/kalXQ8j0rX
— /LEAKS (@Slashleaks) August 24, 2018
Beliau dalam satu kenyataan mempersoal apakah fungsi lubang yang hadir pada skrin belakang iPad tersebut. Berdasarkan komen dari netizen ia mungkin sambungan kepada aksesori lain yang pernah diimplementasikan oleh produk Essential.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: @Slashleaks