in ,

Semua Produk Apple Tidak Dikenakan Sebarang Cukai SST Buat Masa Ini

Ini merupakan satu berita gembira buat semua peminat Apple di mana pihak Switch Malaysia telah mengesahkan bahawa produk Apple tidak dikenakan sebarang cukai SST buat masa ini.

Maklumat ini telah dikongsi oleh pihak Switch Malaysia pada laman Twitter rasmi mereka yang memohon pihak kami untuk memaklumkan kepada anda semua.

Switch Malaysia merupakan antara salah satu Wakil Jualan Apple yang sah. Pihak kami telah bertanyakan adakah harga iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone 9 akan dikenakan sebarang SST. 

Pihak mereka memaklumkan bahawa harga akan kekal setakat ini, walaubagaimanapun kemungkinan SST akan dikenakan dalam tempoh masa yang belum diketahui lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Nikkei: Apple Memohon Pembekal Untuk Menurunkan Pengeluaran Baharu Bagi iPhone Xr

Dengan berita ini, sedikit sebanyak ia meringankan beban pengguna untuk membeli produk Apple yang sememangnya mempunyai tanda harga yang sangat premium.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Switch Malaysia Masih Mengekalkan Harga Promosi Penukaran Bateri

Bagaimana Mahu Menonton Acara Pelancaran iPhone 2018