in ,

Memo Terkini Dari Pengalisis Apple Ming Chin Kuo Bagi iPhone, iPad, Apple Watch Dan MacBook

Tinggal dua hari sahaja lagi Apple bakal mengadakan Acara Khas di mana mereka akan melancarkan tiga buah iPhone, Apple Watch Siri 4, AirPower, tarikh rasmi pelancaran iOS 12, macOS Mojave, tvOS 12 dan watchOS 5 serta banyak lagi.

Terkini pengalisis Apple paling terkenal Ming Chin Kuo telah mengeluarkan beberapa jangkaan berhubung produk terkini Apple iaitu.

  • iPhone XC tetap akan dilancarkan, walau bagaimanapun tarikh jualan berkemungkinan bermula pada akhir September atau Oktober akibat isu kualiti pada skrin LCD.
  • iPad Pro akan hadir dengan Face ID serta menggunakan USB-C pada lubang pengecasan menggantikan kabel lightning. Ia juga didatangkan dengan 18W USB-C charger.
  • macBook mampu milik akan menggantikan model macBook 12 inci di mana ia menyokong Touch ID dan tanpa Touch Bar.
  • Apple Watch Siri 4 akan hadir dengan skrin yang lebih besar serta menyokong electrocardiography (ECG). Model ini juga akan menggunakan seramik pada belakang Apple Watch.
Lagi artikel di ifon.my  Media China Melaporkan Apple Bakal Memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC

Berdasarkan laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa iPhone XC berkemungkinan akan mengambil masa yang lama untuk dipasarkan di Malaysia.

Selain itu belum dapat dipastikan sama ada iPad Pro dan macBook mampu milik akan dilancarkan semasa Acara Khas pada bulan September ini. Saya secara peribadi menjangkakan ia akan dilancarkan pada bulan Oktober kelak.

Secara kebiasaannya laporan yang dikeluarkan oleh Ming Chin Kuo adalah tepat. Walau bagaimanapun, kita lihat adakah jangkaan ini tepat semasa majlis ini berlangsung.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone dan Samsung Yang Manakah Kos Alat Ganti Paling Berpatutan?

Rakyat Malaysia Cenderung Membeli iPhone Model Terdahulu