Umum mengetahui 13 September ini Apple akan melancarkan iPhone 2018 di Apple Special Event. Seperti kebiasaan, acara ini boleh ditonton secara langsung di komputer dan peranti anda. Anda boleh rujuk artikel kami yang lepas untuk mengetahui cara untuk menonton acara tersebut.
Namun untuk pertama kalinya, Apple juga akan menayangkan acara tersebut di Twitter secara langsung. Ini disahkan oleh Twitter rasmi Apple sendiri melalui satu ciapaannya tajaan baru-baru ini.
Join us September 12 at 10 a.m. PDT to watch the #AppleEvent live on Twitter. Tap ❤️ below and we’ll send you updates on event day. pic.twitter.com/i9mGHTKhvu
— Apple (@Apple) September 10, 2018![]()
Akaun Twitter ini tidak mengandungi apa-apa Tweet biasa kerana ia digunakan untuk membuat Tweet secara iklan.
Disamping itu, ingin saya ingatkan bahawa kami di ifon.my juga akan mengemaskini perkembangan Apple Special Event di Twitter dan blog kami. Nantikan ulasan kami bermula 13 September 1 pagi waktu Malaysia.
