Apple hari ini memperkenalkan iPhone XS dan XS Max kepada umum di Acara Khas Apple. Kedua-dua peranti baru ini hadir dengan warna emas, perak dan space-grey dan dengan IP68 water-resistance.
iPhone XS mempunyai bentuk yang sama dengan iPhone X namun mempunyai kenaikan spesifikasi dalaman seperti cip pemprosesan A12 Bionic dan juga RAM 4GB berbanding iPhone X dengan RAM 3GB.
iPhone XS Max pula merupakan variasi size baru untuk iPhone tahun ini menggantikan variasi ‘Plus’ seperti peranti iPhone tahun lalu. Peranti ini mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding iPhone XS iaitu 6.5 inci berbanding 5.8 inci.
Kedua-dua peranti ini mempunyai skrin paparan Super Retina sama seperti iPhone X. Speaker untuk peranti ini juga dikemaskini kepada speaker yang lebih baik. Face ID juga telah dikemaskini dan dikatakan sebagai sangat selamat dari segi sekuriti.
Kedua peranti ini hadir dengan sokongan dwi-kamera 12MP di bahagian belakang dan sokongan kamera 7MP di bahagian depan. Namun untuk peranti tahun ini, ia dilengkapi dengan sokong Smart HDR di mana pemprosesan foto akan dilakukan dan dibantu oleh perisian dalaman, sama seperti yang dapat dilihat pada Google Pixel 2.
Menariknya kali ini, kedua peranti ini akan menyokong keupayaan dwi-sim. Untuk negara yang menyokong eSIM, peranti ini akan menggunakan teknologi tersebut untuk menyokong dua talian di dalam satu peranti manakala untuk negara yang masih tidak menyokong eSIM seperti Malaysia, SIM card tray peranti ini akan menyokong dua sim serentak.
Seperti biasa, Malaysia mungkin akan menerima kemasukan iPhone pada fasa ketiga iaitu pada Oktober. Kami menjangkakan harga jualan untuk peranti ini adalah pada harga RM4857 untuk iPhone Xs dan RM5315 untuk iPhone Xs Max.