iPhone Xs dan iPhone Xs Max merupakan produk terbaru yang dilancarkan oleh Apple. Kedua-dua model ini telahpun berada di pasaran dengan tanda harga bermula $999 dan $1,099.
Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah kedua-dua model ini berada di pasaran tempatan. Namun saya menjangkakan ia akan berada di pasaran sekitar awal atau pertengahan Oktober ini.
Belum dapat dipastikan berapakah harga jualan bagi kedua-dua model ini di Malaysia. Namun saya menjangkakan harga bagi iPhone Xs 64GB dan iPhone Xs Max 64GB bermula pada tanda harga RM4,799.00 dan 5,299.00.
Disebalik harga jualan yang dikatakan super mewah ini, mungkin anda tertanya-tanya berapa kos bagi penghasilan bagi sebuah iPhone?
Terkini TechInsights telah melaporkan bahawa kos bagi penghasilan bagi sebuah iPhone Xs Max 256GB adalah sekitar $443 (~RM1,834.00).
Kos ini meliputi $80.50 (~RM333.00) bagi skrin, $72.00(~RM298.00) bagi cipset dan $64.20(~RM266.00) bagi RAM.
Jika dibuat perbandingan antara Samsung Galaxy S9 Plus 64GB ,kos penghasilan bagi model ini adalah sekitar $379.00(~RM1,569.00).
Berdasarkan rujukan dari laman jualan Apple, iPhone Xs Max 256GB dijual pada harga $1,249.00. Ini bermakna terdapat perbezaan sebanyak $806.00 dari jumlah tersebut.
Saya berpandangan $806.00 meliputi kos penyelidikan dan pembangunan, pengiklanan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, dengan menaikkan $806 adalah satu kadar yang sangat tinggi.
iPhone pada tahun ini boleh dikatakan antara telefon pintar paling mahal didunia jika dilihat secara kasar. Memang tidak dinafikan peranti Android hadir dengan harga super mewah, namun ia lebih kepada edisi khas.
SEKADAR PANDANGAN