Hari ini, Google telah mengadakan acara khas untuk pelancaran barisan peranti Pixel mereka. Peranti yang paling dinanti peminat-peminat Pixel sudah semestinya Google Pixel 3.

Penantian peminat Pixel berakhir dengan pelancaran Google Pixel 3 baru-baru ini. Spesifikasi Google Pixel 3 ini adalah sama seperti yang ditiriskan sejak beberapa bulan ini di internet. Pixel 3 hadir dalam 3 warna iaitu Just Black, Clearly White dan Not Pink.

Kedua-dua peranti ini mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding Pixel 2 dan 2 XL. Skrin Pixel 3 XL adalah 6.3 inchi berbanding 6 inchi pada 2 XL, manakala skrin Pixel 3 adalah 5.5 inchi berbanding 5 inchi di Pixel 2.

Pixel 3 dan 3 XL masih menggunakan 1 lensa kamera untuk kamera utamanya. Namun bagi kamera hadapan, Pixel 3 menggunakan 2 lensa. Kamera hadapan Pixel 3 menyokong wide field view, membolehkan pengguna menangkap gambar selfie dengan lebih luas. Kamera peranti ini akan dibantu dengan teknologi AI seperti Pixel 2.

Dari segi stereo, Pixel 3 adalah 40% lebih kuat dan jelas. Untuk pertama kalinya, Google Pixel 3 akan menyokong pengecasan tanpa wayar. Google juga melancarkan Pixel Stand, tapak pengecasan tanpa wayar bersama dengan pelancaran Pixel 3.



Senarai harga Google Pixel 3 mengikut kadar tukaran Bank Negara Malaysia pada 9 Oktober 2018 adalah seperti berikut:
Pixel 3 64GB – RM3,321.00
Pixel 3 128GB – RM3,737.00
Pixel 3 XL 64GB – RM3,737.00
Pixel 3 XL 128GB – RM4,153.00
Google Pixel 3 akan dilancarkan bulan ini di beberapa negara. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan dijual secara rasmi di Malaysia.