Setelah sekian lama menunggu, iOS 12.1 dijangka akan dilepaskan secara rasmi bermula 31 Oktober 2018 sekitar jam 1.00 pagi atau selewat-lewatnya sekitar 48 jam selepas Acara Khas Apple.
Pelepasan ini seiring dengan tamatnya Acara Khas Apple yang dijadualkan berlangsung pada 10.00 malam ini.
iOS 12.1 padat dengan ciri-ciri baharu termasuklah 70 emoji baharu, sokongan eSIM pada iPhone terkini dan Group FaceTime.


iOS 12.1 menyokong semua iPhone dan iPad yang telah mengemaskini iOS 12 sebelum ini. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan pengguna agar tidak tergopoh-gapah untuk mengemaskini versi terbaharu ini.
Selalu memantau maklum balas pengguna selepas kemaskini disitulah anda boleh noktahkan sama ada sesuai atau tidak mengemaskini peranti iOS anda.
SEKADAR PANDANGAN