Semalam pihak IDC telah mengeluarkan laporan berhubung penguasaan pasaran bagi telefon pintar untuk suku ketiga tahun 2018 berdasarkan jumlah penghantaran (shipment).
Berdasarkan laporan tersebut, Samsung berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama telefon pintar paling tinggi dari segi jumlah penghantaran iaitu sebanyak 72.2 juta unit yang meliputi 20.3% dari keseluruhan pasaran.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ini dilihat sangat rendah berbanding suku yang sama tahun sebelumnya dimana ia mengucup sekitar 13.4%.
Namun, Samsung boleh dikatakan antara pengeluar telefon pintar paling banyak menerima sambutan lebih-lebih lagi model pertengahan dan flagship mereka.
Di Malaysia, Samsung Galaxy J2 Prime telah dinobatkan sebagai telefon pintar paling popular di Malaysia dengan penguasaan pasaran sekitar 12.67% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh DeviceAtlas.
Huawei juga boleh dianggap antara syarikat paling pesat berkembang dalam segmen telefon pintar dimana ia berjaya menguasai pasaran sekitar 14.67% meningkat 32.9% pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini besar kemungkinan disebabkan permintaan positif pada model Siri-P dan Mate.
Berdasarkan laporan dari Dxomark Huawei P20 Pro masih kekal sebagai telefon pintar yang mempunyai kualiti kamera yang terbaik yang mana ia memperoleh skor sebanyak 109 berbanding iPhone Xs Max 105.
Apple pula masih kekal di kedudukan ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 13.2% atau sekitar 46.9 juta unit, naik 0.5% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini besar kemungkinan berkait rapat dengan pelancaran iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr. Walaupun jumlah penghantaran untuk suku ketiga 2018 agak positif namun pihak Apple telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak lagi mengumumkan jumlah unit yang terjual pada masa hadapan.
Xiaomi pula masih selesa untuk berada di kedudukan keempat dengan penguasaan pasaran sebanyak 9.7% naik 21.2% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini didorong dengan penjualan yang positif bagi model flagship dan pertengahan di mana tanda harga yang dijual antara yang termurah berbanding jenama telefon pintar lain di pasaran.
Xiaomi juga sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa mereka akan meminimumkan margin keuntungan yang akhirnya mereka boleh menurunkan harga jualan serendah yang mungkin.
Konklusinya tahun 2018 adalah tahun yang baik bagi Huawei dan Xiaomi. Walaupun Samsung dan Apple masih dianggap antara syarikat paling berpengaruh dalam industri telefon pintar. Nampaknya syarikat dari China dan Taiwan ini sedang mengejar untuk merampas kedudukan selaku pemain industri telefon pintar global.
SEKADAR BERKONGSI