in

Apple Mula Menjual iPhone 8 dan iPhone 8 Plus (Refurbish) Kepada Pengguna

Nampaknya bulan Oktober merupakan bulan yang agak menarik di mana buat pertama kalinya Apple mula menjual iPhone 8 dan iPhone 8 Plus set Refurbish yang disahkan oleh Apple.

iphone8plus-family-1

Mungkin ada yang keliru dengan set Refurbish yang dijual oleh Apple dan kebanyakan kedai di Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa set Refurbish yang disahkan oleh Apple adalah produk yang telah menjalani ujian oleh pihak Apple serta menggunakan 100% alat ganti asli dan diberi jaminan waranti selama 12 bulan oleh Apple.

Berbeda dengan iPhone Refurbish yang dijual di kebanyakan IG Shop dan kedai telefon di Malaysia yang mana ia menggunakan alat ganti tiruan dan jaminan kedai.

Apple Certified Refurbished

We test and certify all Apple refurbished products and include a 1-year warranty.
All refurbished iPhone models also include a brand new battery, new outer shell and a new white box.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus (Refurbish) mula dijual di laman jualan Apple di Amerika Syarikat dengan harga jualan bagi iPhone 8 64GB sekitar$499.00 (RM2,082.10).

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS Dan iPhone XS Max Mengalami Penurunan Di China Akibat Tekanan Jualan Yang Lemah

Buat masa ini hanya iPhone 8 64GB sahaja dijual dan bagi iPhone 8 Plus pihak Apple masih belum mengemaskini stok baharu mereka.

Screenshot-20181103-162202

iPhone Apple Certified Refurbish hanya dijual di laman jualan Apple di Amerika Syarikat sahaja. Bermakna anda tidak boleh membelinya di laman jualan Apple Malaysia.

Oleh yang demikian, saya berharap anda memahami maksud sebenar iPhone Refurbish yang selama ini menjadi persoalan di kalangan pengguna di Malaysia.

Secara konklusinya saya boleh simpulkan bahawa kebanyakan iPhone Refurbish yang dijual di IG Shop dan beberapa kedai telefon di Malaysia bukan disahkan oleh Apple. Kebanyakan daripada iPhone tersebut menggunakan alat ganti tiruan yang akan memberi kemudaratan kepada anda untuk jangka masa panjang.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kabel Pengecasan iPhone Anda Mempunyai Pengesahan MFi?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Rekaan iPhone X1 Dan iPhone X1 Max Dan Era Kepupusan 3D Touch

Huawei Berjaya Mengekalkan Status Sebagai Jenama Telefon Pintar Kedua Paling Popular Di Dunia