Belum sempat iOS 12.1.2 dikemaskini oleh semua pengguna iPhone, iPod dan iPad. Apple sekali lagi telah melepaskan iOS 12.1.3 BETA khusus untuk Developer.
iOS 12.1.3 ini merupakan kesinambungan dari versi sebelumnya dan tiada perubahan ketara bagi iOS versi ini.
Umum mengetahui bahawa Apple terpaksa melepaskan iOS 12.1.2 dengan kadar segera bagi mengelakkan iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dihalang penjualanya di China.
Sekiranya anda seorang yang berdaftar sebagai Developer. Anda boleh mengemaskini iOS ini bermula sekarang.
Bagi pengguna Public BETA pula, saya menjangkakan Apple akan melepaskan iOS 12.1.3 Public BETA sekitar jam 5.00 pagi atau dalam tempoh 48 jam bermula sekarang.