Apabila kita menyebut soal kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera telefon pintar, sudah tentu kita akan melihat scor yang diperoleh dari ujian yang dibuat oleh DxOMark.
Sesuatu yang agak mengejutkan apabila Google Pixel 3 hanya memperoleh scor sebanyak 101 setaraf dengan iPhone XR.
Google Pixel 3 merupakan telefon pintar keluaran terbaharu dari Google yang menjanjikan pelbagai penambahbaikan dari model sebelumnya.
Berdasarkan nilai yang diperoleh ini sudah tentu akan memberi kelegaan kepada pengguna iPhone yang kini dinafikan kualiti kamera tidak seperti dulu.
Jika dulu kamera iPhone menjadi tren di kalangan penduduk Malaysia kerana kualiti yang dihasilkan cukup memuaskan.
Namun sejak jenama dari China meningkat naik, nampaknya kamera iPhone semakin terpinggir walaupun dari segi persepsi dan tanggapan umun kamera iPhone masih mendominasi.
Huawei P20 Pro terus kekal menjadi kamera telefon pintar paling terbaik di pasaran dengan skor 109 berbanding iPhone XS Max yang hanya memperoleh skor 105.
Namun sesuatu yang agak mengejutkan bagi sebuah telefon pintar yang diangkat sebagai Smartphone of The Year oleh MKBHD iaitu OnePlus 6T yang hanya memperoleh skor 98.
Kerana itulah mengapa saya kurang bersetuju dengan beliau dan menganggap Samsung Galaxy Note 9 yang sepatutnya menerima gelaran itu.
Walau bagaimanapun, keputusan tersebut hanyalah pandangan peribadi beliau semata-mata. Beliau yang mencipta piala, memilih dan mengumumkannya.
Konklusinya, disebalik kehebatan kamera Google Pixel 3, ia hanya mampu berada di kedudukan ke-8 bersama-sama iPhone XR.
SEKADAR PANDANGAN