Belum sempat Samsung melancarkan Samsung Galaxy S10+ pada 20 Februari 2019. Satu maklumat telah tertiris berhubung skor yang diperoleh dari Geekbech yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 855.
Berdasarkan laporan Geekbech yang dilaporkan oleh Slashleaks. Samsung Galaxy S10+ memperoleh skor sebanyak 3413 bagi single-Core dan 10256 bagi Multi-Core.
Samsung Galaxy S10+ ini diuji pada 16 Januari 2019 menggunakan Android 9 (Pie) serta 6GB RAM.
Walaupun skor yang diperoleh oleh Samsung Galaxy S10+ tinggi. Namun ia masih belum dapat mengatasi skor yang diperoleh dari iPhone XS yang dikuasakan oleh Apple A12 Bionic.
iPhone XS memperoleh skor sebanyak 4797 bagi Single-Core dan 11264 bagi Multi-Core.
Setakat ini belum dapat dipastikan adakah skor yang diperoleh bagi Samsung Galaxy S10+ adalah tepat. Namun dengan laporan yang diperoleh ia dapat menuntaskan bahawa Samsung Galaxy S10+ masih belum dapat menewaskan iPhone XS dari segi keseluruhan prestasi yang menggunakan Geekbech sebagai pemberatnya.