in ,

Majoriti Berpuas Hati Dengan Kemas Kini iOS 14.2

Beberapa hari lepas Apple secara rasmi telah melepaskan kemas kini iOS 14.2 kepada pengguna iPhone.

9-C5-E1942-F255-482-C-B27-E-F48-D68-EC8-D2-F

Kemas kini yang saya anggap penting ini sedikit sebanyak membantu beberapa pengguna yang menghadapi masalah setelah mengemaskini iOS 14.1.

Satu undian saya telah jalankan sebelum ini dan 26% dari 5,910 responden mengalami isu sambungan Wi-Fi pada iOS 14.1. Selain itu terdapat beberapa pengguna mendapati AirPods mereka nyah-sambung secara tiba-tiba.

Saya juga turut mengalami masalah setelah kemas kini iOS 14.1 sebelum ini. Namun setelah iOS 14.2 dilancarkan, setakat hari ini saya berpuas hati dengan kestabilan dan fungsi terbaharu yang terdapat dalam kemas kini terbaharu ini.

Lagi artikel di ifon.my  Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Bagi mengesahkan bahawa kenyataan ini tepat. Satu undian telah dibuat semalam dan melibatkan 9,147 responden.

Berdasarkan undian tersebut, 30% berpuas hati dengan iOS 14.2 manakala hanya 6% sahaja yang tidak berpuas hati.

44% lagi tidak mengemaskini iOS 14.2 dan ini berkemungkinan mereka mahu melihat maklum balas yang diterima dari pengguna yang mengemaskini iOS 14.2.

Secara kesimpulannya, iOS 14.2 mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan pengguna. Saya tidak menafikan terdapat beberapa aplikasi yang akan mengalami masalah dan ini berpunca daripada aplikasi ketiga yang belum menyesuaikan dengan iOS 14.2.

Lagi artikel di ifon.my  Ramalan Harga iPhone 12

Isu fail cache dan masalah-masalah lain mendorong kepada isu kepada iPhone anda. Jika anda mengalami isu yang kritikal sebaik kemas kini iOS 14.2. Nasihat saya sila pulih semula iOS 14.2 menggunakan perisian iTunes yang perlu segerak (sycn) melalui komputer.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Transisi Cip Pemprosesan Buatan Apple

Wakil Jualan Apple Mengesahkan Set Malaysia (MY) Bagi iPhone Ditamatkan