in ,

Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X

Satu berita yang mungkin mengembirakan pembeli iPhone dimana Seng Heng mula mengadakan promosi bagi pembelian iPhone X dengan potongan harga RM400.00. 

Screenshot_20180819-014337
iPhone X 64GB

Berdasarkan laman jualan Seng Heng harga iPhone X 64GB dijual pada harga RM4,657.00 berbanding harga pasaran RM4,857.00. 

Screenshot_20180819-014257
Harga Rasmi Di Laman Jualan Apple Malaysia

Potongan harga sekitar RM400.00 mungkin meringankan sedikit beban anda untuk membeli model ini  memandangkan kebanyakan Pengedar Sah Apple (AAR) masih menjual pada harga RM4,857.00.

Screenshot_20180819-014419
iPhone X 256GB

Walau bagaimanapun, berdasarkan tinjauan saya di laman jualan Seng Heng. Model iPhone X 256GB Space Grey telah habis terjual dan hanya versi Perak dijual setakat ini. 

Harga bagi iPhone X 256GB juga mengalami potongan harga yang sama seperti model yang berkapasiti 64GB. 

Lagi artikel di ifon.my  Kontroversi Apple Menyembunyikan Rahsia Mengurangkan Prestasi iPhone

Secara peribadi saya berpandangan promosi ini dibuat bagi penghabisan stok sebelum menunggu tiga model iPhone 2018 yang bakal dilancarkan sekitar September ini. 

Namun, jika anda tidak sanggup bersabar dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi. Anda boleh terus ke laman jualan mereka untuk membelinya. 

Sila klik : Laman Jualan Seng Heng untuk pembelian

SEKADAR BERKONGSI

Sumber: Seng Heng 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Maklum Balas Apple Berkenaan Status Kabel Foxconn

Adakah Anda Mengecas iPhone Sehingga 100% Memberi Kesan Buruk?