iPhone X atau dipanggil sebagai iPhone Ten merupakan model pertama menggunakan Super AMOLED dan Face ID.
iPhone X juga merupakan model generasi pertama yang akan diangkat oleh Apple untuk menjadikan model flagship akan datang. Hal ini boleh dibuktikan dengan slogan iPhone X iaitu Say hello to the future.
iPhone X mula dipasarkan pada 3 November 2017 di beberapa buah negara maju dan Malaysia menjadi negara ketiga menjual iPhone X iaitu pada 24 November 2017.
iPhone X hadir dengan skrin 5.8 inci Super AMOLED beserta paparan resolusi 2436×1125 px.
iPhone X
IPhone X dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic dan menggunakan teknologi Face ID sebagai kunci keselamatan menggantikan Touch ID yang pertama kali digunakan pada tahun 2013.
Saya akui, ramai dikalangan pengguna iPhone sudah mengenali iPhone X serta merasai sendiri pengalaman menggunakan iPhone X. Saya sendiri juga telah menerbitkan beberapa penulisan berhubung iPhone X.
Namun, tujuan saya menulis kembali adalah untuk merumuskan kembali kenapa dan mengapa iPhone X bukan peranti paling sesuai untuk anda beli pada bulan Ogos ini.
iOS 12 iPhone X
Sebelum saya mengulas dan perincikan lebih mendalam mengapa iPhone X tidak berbaloi untuk dibeli. Saya menasihatkan kepada iFag supaya abaikan penulisan saya ini bagi mengelakkan emosi anda terganggu.
Secara peribadi saya mengakui bahawa pengalaman menggunakan iPhone X sangat berbeza dengan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus .
Bermula dengan skrin tanpa bezel dan pengecualian butang Home sedikit sebanyak memberi satu pengalaman baharu dalam menggunakan iPhone.
iOS 11 juga boleh dikatakan sangat mesra pengguna lebih-lebih lagi pada iPhone X. Cara pengendalian iPhone X boleh dikatakan hampir sama dengan telefon pintar BlackBerry Passport dan Classic.
Saya juga tidak menafikan laporan dari Canalys bahawa iPhone X telah dinobatkan sebagai telefon pintar pertama di dunia yang berjaya menjual telefon pintar sebanyak 29 juta unit pada suku keempat tahun 2017
Namun, saya berpendapat bahawa masih terdapat beberapa faktor perlu di fikirkan oleh pengguna iPhone di Malaysia.
Berikut merupakan faktor-faktor yang menafikan iPhone X tidak patut dibeli pada ketika ini.
PERTAMA: HARGA
Harga iPhone X Di Laman Jualan Apple
Seperti yang diketahui, iPhone X pada ketika ini dijual pada harga RM4,857 bagi versi 64GB dan RM5,565.00 bagi storan 256GB.
Walaupun sebelum ini harga iPhone X dijual pada harga yang lebih tinggi. Namun penurunan tersebut adalah kesan dari pemansuhan GST.
Sekiranya GST masih berkadaran 6% harga iPhone X akan kekal dijual pada harga semasa. Buat masa ini Apple masih mengekalkan harga jualan iPhone X walaupun model baru akan diperkenalkan beberapa minggu sahaja lagi.
Oleh yang demikian, membeli iPhone X pada ketika ini kurang digalakkan memandangkan anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk produk 2017.
Adalah lebih bijak jika anda laburkan wang pada produk yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
KEDUA: KESEMPURNAAN
iPhone Generasi Pertama
Jika anda peminat setia produk Apple tentu sekali anda mengetahui bahawa kebanyakkan produk generasi pertama tidak begitu baik jika dibandingkan dengan produk generasi kedua.
Hal ini boleh dilihat pada model iPhone, iPad, dan Apple Watch yang pertama kali dilancarkan.
Kebanyakkan masalah-masalah yang dihadapi pada produk generasi pertama akan diperbaharui pada model generasi kedua.
Selain itu, kebiasaannya produk generasi pertama akan mempunyai jangka hayat yang rendah berbanding model kedua.
Pada WWDC 2018 juga pihak Apple telah mengeluarkan kenyataan bahawa sokongan pada Apple Watch Generasi Pertama bagi kemaskini watchOS 5 telah ditamatkan.
KETIGA: AKSESORI
Memandangkan iPhone X sangat berbeza dengan iPhone 8, aksesori bagi iPhone X masih terhad termasuklah tempered glass dan case. Buat masa ini ramai penjual masih mengawal harga bagi aksesori iPhone X disebabkan ia masih terhad dan tidak sebanyak aksesori pada iPhone 8, iPhone 7 dan kebawah.
KEEMPAT: TERLEWAT
Rasanya sudah terlewat untuk anda membeli iPhone X disebabkan Apple bakal melancarkan model terbaharu bagi iPhone X pada bulan September ini. Tinggal kurang beberapa minggu sahaja lagi untuk anda bersabar.
Tiada guna anda habiskan RM4,857.00 untuk kegunaan jangka panjang.
KELIMA: DITAMATKAN PENGELUARAN
Jika anda terbaca beberapa khabar angin dari luar, satu laporan telah mengesahkan bahawa iPhone X akan ditamatkan pengeluaranya sekitar suku ketiga 2018.
Ini bermakna, Apple tidak akan menghentikan pengeluaran iPhone X di pasaran selepas mereka melancarkan iPhone 2018 pada bulan September ini.
Setakat ini kita belum mengetahui adakah rekaan iPhone X akan kekal seperti ini atau sebaliknya. Jika sebaliknya, ia menyukarkan lagi pengguna sedia ada untuk membeli aksesori baharu.
KEENAM: KOS PEMBAIKIAN
Masalah utama yang sering terjadi kepada pengguna iPhone apabila mereka tidak layak untuk menuntut warranti. Ini disebabkan oleh kecuaian mereka sendiri. Akibatnya mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaikinya.
Jika dilihat, kos pembaikian bagi sebuah iPhone X boleh mencapai dua kali ganda kos pembaikian sebuah iPhone 8.
Harga alat ganti yang dibekalkan selain Pusat Servis Apple yang sah juga besar kemungkinan masih terhad dan harga masih tinggi jika dibandingkan dengan alat ganti iPhone 8 terutama sekali kos penukaran skrin.
KETUJUH: SUSUT NILAI
Anda juga harus mengetahui bahawa sebaik anda membeli iPhone X pada hari ini. Besar kemungkinan susut nilai iPhone X akan meningkat.
Walaupun beberapa laporan memetik bahawa susut nilai bagi iPhone X masih rendah. Namun dari pengenalan model baru akan memberi kesan besar pada susut nilai iPhone X.
KESIMPULAN
Secara kesimpulanya, membeli iPhone X pada waktu ini sangat tidak berbaloi. Lebih-lebih lagi pada golongan yang menyimpan wang semata-mata untuk membelinya.
Belilah sesuatu yang menguntungkan anda memandangkan iPhone X pada hari ini sudah hampir mencapai usia satu tahun.
Saya akui bahawa agak sukar untuk kita hindari dari nafsu yang membuak-buak untuk membeli iPhone X. Bersabarlah seketika, nescaya pengorbanan anda akan setimpal dengan wang ringgit yang dilaburkan.
SEKADAR PANDANGAN