in ,

Apple Berjaya Mengubah Stigma Pengguna Terhadap iPhone Berinovasi Kepada iPhone Super Mewah

Sebut sahaja iPhone hampir semua peminat gadget di Malaysia mengenali model yang dihasilkan oleh Apple. iPhone pertama kali dilancarkan adalah pada tahun 2007 dan tahun ini ia sudah meraikan ulangtahun yang ke-11.

Jika dilihat dari segi kronologi sejarah, harga iPhone generasi pertama dijual pada harga $499 bagi storan 4GB dan $599 bagi 8GB.

Sebelum ini mantan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer pernah ditemuramah berhubung produk baharu yang dilancarkan oleh Apple. Namun Steve Ballmer agak terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh Apple dan menganggap ia antara telefon pintar paling mahal di dunia.

received_504815656658850

Ihsan: Ferham Fareq

Berdasarkan jadual harga di atas harga permulaan bagi iPhone adalah sekitar $649 dan $749.

Jika dilihat pada senario di Malaysia harga permulaan bagi iPhone sering berubah-ubah walaupun harga dalam mata wang dolar lebih kurang sama sahaja.

Berikut senarai harga di Malaysia

iPhone 3G
8GB – RM 2,540
16GB – RM 2,960

iPhone 3GS
16GB – RM 2,490
32GB – RM 2,990

iPhone 4
16GB – RM 2,290
32GB – RM 2,690

iPhone 4S
16GB – RM 2,190
32GB – RM 2,590
64GB – RM 2,890

iPhone 5
16GB – RM 2,199
32GB – RM 2,499
64GB – RM 2,799

iPhone 5S
16GB – RM 2,349
32GB – RM 2,699
64GB – RM 2,999

iPhone 5C
16GB – RM 1,999

iPhone 6
16GB – RM 2,399
64GB – RM 2,749
128GB – RM 3,149

iPhone 6 Plus
16GB – RM 2,749
64GB – RM 3,149
128GB – RM 3,549

iPhone 6S
16GB – RM 3,199
64GB – RM 3,699
128GB – RM 4,199

iPhone 6S Plus
16GB – RM 3,699
64GB – RM 4,199
128GB – RM 4,699

iPhone SE
16GB – RM 1,949
64GB – RM 2,449

Lagi artikel di ifon.my  Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max

iPhone 7
32GB – RM 3,199
128GB – RM 3,699
256GB – RM 4,199

iPhone 7 Plus
32GB – RM 3,799
128GB – RM 4,299
256GB – RM 4,799

iPhone 8
64GB – RM 3,649
256GB – RM 4,399

iPhone 8 Plus
64GB – RM 4,149
256GB – RM 4,899

iPhone X
64GB – RM 5,149
256GB – RM 5,899

Berdasarkan senarai harga tersebut kita dapat melihat Apple mula menjual iPhone mereka pada harga melepasi RM3,000 dengan menjadikan iPhone 6 128GB, iPhone 6 Plus 64GB/128GB sebagai model permulaan mereka.

Walaupun harga iPhone 6/Plus dilihat mengalami peningkatan yang agak tinggi, namun dari segi sambutan ia dilihat agak positif memandangkan ia model pertama menggunakan skrin bersaiz 4.7inci dan 5.5inci.

Sejak dari itulah Apple menjadikan harga RM3,000 sebagai tanda harga asas di Malaysia. Jika dilihat iPhone 6S/Plus, iPhone 7/Plus dan iPhone 8/Plus kesemua model ini dijual pada harga permulaan melepasi RM3,000.

Adakah kita sedar bahawa Apple telah menjadikan RM3,000 sebagai harga permulaan bagi model flagship mereka?

Jika dilihat pada iPhone 6S/Plus, iPhone 7/Plus, iPhone 8/Plus tiada perubahan drastik dari segi rekaan. Hanya pertambahan dari segi spesifikasi dan beberapa inovasi baharu seperti 3D Touch dan pengecasan tanpa wayar diperkenalkan.

Namun Apple tetap menjadi RM3,000 sebagai harga permulaan mereka.

Pada tahun 2017 satu perkara yang agak memeranjatkan apabila Apple telah memperkenalkan iPhone X dengan harga permulaan RM5149.00. Berdasarkan harga tersebut timbul pertanyaan dari saya adakah Apple ingin menaikkan lagi harga asas mereka.

Jika dulu RM3,000 adakah sekarang RM5,000?

Adakah anda sedar semasa iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr diperkenalkan pihak Apple telah menjadikan iPhone Xs / Max sebagai peranti flagship mereka dan iPhone Xr sebagai model bajet mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Tidak Lagi Menyertakan Sambungan Lightning Ke Picu Audio Pada iPhone Terkini.

Ini bermakna tiada lagi iPhone flagship di bawah RM4,000, dan iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan menjadi model flagship mereka yang baharu dengan harga yang super mewah.

Jika dilihat pada sambutan pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max kali ini. Saya merasa jualan akan sedikit perlahan berbanding tahun sebelumnya disebabkan penggunaan menunggu iPhone Xr.

Jika dilihat pada suasana di Apple Store di Singapura ia boleh dikatakan sangat mengalakkan memandangkan ia mengumpulkan peminat iPhone di Malaysia dan juga Singapura.

IMG-20180920-_WA0013

IMG-20180920-_WA0011

IMG-20180920-_WA0010

Gambar di bawah pula merupakan sambutan bagi iPhone X yang dilancarkan tahun lepas di lokasi yang sama.

FB_IMG_1537463761836

FB_IMG_1537463765504

FB_IMG_1537463768577

Memandangkan saya tidak berada di lokasi tersebut, saya tidak boleh memperincikan berhubung kehangatan sambutan antara tahun lepas dan yang sedang berlangsung sekarang.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya berpandangan bahawa Apple telah berjaya menjadikan iPhone setaraf dengan jenama mewah yang ada di pasaran.

Antara maklumat yang menyokong pandangan saya ini termasuklah Tim Cook telah bahawa individu berpengaruh dalam dunia fesyen termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Burberry Angela Ahrendts, Paul Deneve Ketua Pegawai Eksekutif Yves Saint Laurent, Dr.Dre dan ramai lagi.

Dengan menjadikan iPhone sebagai telefon pintar mewah sedikit sebanyak Apple mampu menaikkan harga iPhone setinggi yang mereka mampu.

Hakikatnya tiada sebab signifikan yang boleh saya lihat sebab mengapa mereka menaikkan harga sangat tinggi. Namun apa yang boleh saya terjemahkan adalah disebabkan kekuatan jenama iPhone di pasaran global. Selagi iPhone masih mendapat permintaan yang tinggi, saya yakin Apple teruskan momentum harga seperti ini pada masa akan datang.

Tidak mustahil mereka boleh meminda kembali harga asas dari RM5,000 kepada RM6,000 dalam tempoh beberapa tahun akan datang sekiranya pengaruh mereka masih kuat dalam industri ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kapasiti RAM Dan Bateri Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akhirnya Tertiris

Disebalik tabir penghasilan grafik muka Apple Watch Series 4